Diet Makan dengan Rezeki yang Halal

Peliharalah perut dengan menjauhi makanan yang haram atau makanan yang ’syak’ atau diragui status halalnya. Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud “Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin”. Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Tinggalkan apa yang meragukan (syak) kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu” (Riwayat Tirmizi). Jagalah makan dan minum kerana ia adalah syarat Allah menerima sesuatu doa. .:

Rasulullah menyebutkan berkenaan seorang lelaki yang melakukan perjalanan yang jauh, yang kusut rambutnya lagi berdebu, dia menadahkan tangannya ke langit sambil (berkata): “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku (berdoa), (padahal) makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram,bagaimana doanya itu hendak dimakbulkan?”(Hadis riwayat Muslim)


Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada an-Nu’man bin Basyir r.a., beliau berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, sedangkan di antara halal dan haram itu ada hal syubahah (samar-samar dan meragukan) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang berhati-hati daripada hal yang syubahah itu, maka terjagalah agama dan kehormatannya. “Dan sesiapa terjerumus ke dalam hal-hal syubahah, maka bererti dia terjerumus ke dalam hal yang haram. Ingatlah di dalam tubuh ada segumpal daging, bila segumpal daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh. Dan bila segumpal daging itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Gumpalan daging itu adalah hati. (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam (Riwayat Thabrani).

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: