Jalan Keluar Kenaikan Harga

Beberapa amalan dan tips murah rezeki bagi mencukupkan keperluan, menghilangkan kepapaan dan mengurangkan beban kenaikan harga barang: 1) Memberi salam setiap kali masuk ke dalam rumah 2) Menghubungkan persaudaraan dan silaturrahim 3) Banyakkan istigfar 4) Sentiasa mendoakan kedua ibubapa 5) Banyakkan bersedekah 6) Bekerja dengan amanah 7) Menjauhi hutang 8) Bertakwa kepada Allah dengan mematuhi suruhan dan menjauhi larangan

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: Maksudnya: “Wahai anakku! Apabila engkau masuk berjumpa ahli keluargamu berilah salam nescaya akan mendatangkan keberkatan ke atasmu dan ahli keluarga rumahmu.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Tiga golongan, semua mereka itu dijamin oleh Allah, jika dia hidup akan diberi kecukupan dan jika dia mati akan masuk syurga, iaitu: Sesiapa yang masuk rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin oleh Allah, sesiapa yang keluar pergi ke masjid, maka dia dijamin oleh Allah dan sesiapa yang keluar untuk pergi berjihad di jalan Allah, maka dia dijamin oleh Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim”. (Riwayat Bukhari).

Dalam hadith yang lain disebut disebut “Sesiapa yang rezekinya lambat, banyakkan istigfar. Dosa menyekat rezekinya dari sampai. Istigfarlah supaya diampunkan. Rasulullah s.a.w bersabda,

“Sesiapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah s.w.t dukacitanya itu jalan keluar(kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar(kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka (Riwayat Ahmad)

Dalam hadith yang lain disebut disebut “…..banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah,”

Kerja juga adalah satu amanah, sempurnakanlah kerja agar murah rezeki.

Bila masuk ke dalam rumah berilah Salam keatas isirumah (keluarga) yang ada, selawat ke atas Nabi 3 kali, Baca Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Insya Allah hilanglah kepapaannya. Bacalah sebelum masuk rumah (contohnya semasa balik dari pejabat) dan bacalah dalam setahun setengah dan lihat hasilnya..

Mendoakan Ibubapa

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seseorang itu tidak lagi mendoakan untuk kedua ibubapanya, sesungguhnya dia telah memutuskan jalan rezekinya”. (Hadith Riwayat Ad-Dailami) Ibu adalah insan yang berpenat lelah serta dan bersusah payah mengandungkan anak di dalam rahimnya, manakala bapalah adalah orang  yang memberikan benihnya.

Luqman [14] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Selalulah berdoa kepada kedua ibubapa dan balaslah jasa baik mereka, lebih-lebih lagi jasa ibu yang telah bersusah payah mengandungkan kita. Sentiasalah berdoa untuk mereka agar Allah swt mengampunkan dosa-dosa mereka terutamanya setiap kali setelah kita selesai sembahyang.

Jauhi Hutang

Rasullullah SAW bersabda “Jauhilah kamu daripada berhutang kerana sesungguhnya hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan kehinaan di siang hari.” (Riwayat Baihaqi)

Dalam hadith yang lain Baginda Mulia bersabda “Berhemah dalam berbelanja merupakan sebahagian daripada penghidupan (perkara terpuji).. (Riwayat Thabrani melalui Ibnu Umar r.a.)

Berbelanjalah mengikut kemampuan, bak kata pepatah, ukur baju badan sendiri.

Bertakwa

Takwa itu luas “area” dan skopnya, ia meliputi segala yang fardu dan juga yang sunat. Tahap dan kategori takwa adalah berbeza-beza antara seorang muttaqin (orang yang bertakwa) dengan yang lain.Orang yang bertakwa dipermudahkan urusannya:

At-Talaq [2]…..dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: