Allah Maha Mendengar

…dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Baqarah:244)

Allah sifatnya “sama’’” iaitu maha mendengar. Allah mendengar tanpa memerlukan cuping telinga atau gegendang telinga, tanpa memerlukan getaran atau angin untuk membawa bunyi. Allah mendengar setiap sesuatu walaupun ia tidak bersuara, Allah mendengar degupan jantung. Allah mendengarsetiap yang dekat ataupun jauh. Pendengaran Allah adalah pendengaran yang asli, lalu diberikan sedikit pendengaran kepada kita untuk kegunaan di dunia ini. Kita pula hanya boleh mendengar apa yang dekat atau cukup kuat dan apa yang mengeluarkan bunyi sahaja.

Allah menjadikan manusia mendengar menggunakan telinga, tapi dia sendiri tidak perlukan telinga. Bunyi dan suara yang perlahan atau kuat sama saja disisi Allah. Suara tak keluar pun Allah boleh dengar. Allah tahu apa di dalam hati kita. Setiap degup nafas jantung dan lintasan hati diketahui Allah. 

Qaf [16] Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Tidak perlu meninggikan suara dalam berdoa.

Rasulullah pernah menegur sahabat yang berdoa dan meninggikan suara, “Allah ada di hadapan kita, Allah bersama rombongan kita, ” . 

Rasulullah s.a.w. bersabda “Wahai manusia! Kasihanilah diri kamu kerana bukanlah engkau menyeru kepada Zat (Tuhan) yang pekak lagi jauh. Sesungguhnya engkau sedang menyeru kepada Zat yang Maha Mendengar lagi dekat bersama kamu”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah) 

Maryam [3] (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan..

Al-A’raf [55] Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Sunnah dalam berdoa ialah dengan menggunakan suara yang perlahan dan ia adalah lebih khusyuk, lebih afdal dan diterima Allah. Tidak perlulah menjerit-jerit atau bertempik-tempik kerana Allah bukanlah pekak atau tuli dan Allah juga dekat dan sentiasa bersama kita. Doa ialah permintaan manusia kepada tuhannya. Jikalau kita hendak meminta sesuatu daripada seseorang maka kita juga akan meminta dengan suara yang perlahan sebagai satu penghormatan. Orang yang merendahkan suara itu lebih bertakwa, mendapat keampunan dan pahala daripada Allah.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: