Perintah Tentang Jihad

Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Baqarah:244) Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Baqarah:245) 

Tujuan Jihad

Ayat ini merupakan satu “order” atau perintah daripada Allah s.w.t.  Berjihad adalah bertujuan untuk meninggikan agama Islam, mendaulatkan atau menegakkan undang-undang, perintah, hukum Islam dan mempertahankan negara Islam daripada serangan musuh. Jihad hanyalah untuk Allah semata-mata, tidak ada jihad untuk mempertahankan bangsa. 

Hukum

Hukum Jihad (khususnya perang) ialah Fardhu kifayah iaitu wajib bagi sekumpulan lelaki seperti tentera atau Fardhu Ain bagi lelaki dewasa bila terdapat kerahan tenaga daripada pemerintah. Hanya dikira jihad sekiranya diistiharkan perang oleh ketua negara bagi mempertahankan Islam, negara dari serangan musuh. Tanpa perisytiharan oleh ketua negara tidak dikira jihad.

Wajib Menyediakan Kekuatan Ketenteraan

Selain itu wajib bagi negara orang Islam melengkapkan persiapan senjata setakat yang termampu untuk menakutkan golongan musuh (kafir). Orang Islam sanggup mati untuk agamanya tetapi Kafir tidak berani kerana mereka tiada tunjang keimanan. Negara Islam wajib membuat dan mengeluarkan sendiri senjata supaya mereka tidak bergantung kepada negara bukan Islam.

Anfaal [60] Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya

Syahid

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (Baqarah:154)Dalam ayatdiatasdisebut “jangan mengatakan”,dalamayat yang lain puladisebut “jangan kamufikiratausangka”

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Ali-Imran:169)

Dalam mazhab Syafie, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyangkan jenazah mereka kerana segala dosa mereka telah gugur (dihapuskan). Dalam mazhab Hanbali pula, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyang jenazahkan kerana telah mereka sebenarnya masih hidup dan tidak mati berdasarkan firman Allah di atas. Dalam mazhab Hanafi, jenazah pejuang syahid tetap disembahyangkan sebagai menghormati jenazah seorang Muslim, sepertimana jenazah Rasulullah s.a.w. sendiri disembahyangkan selama 3 hari.

Syahid Mesti Kerana Allah

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang pertama sekali diputuskan hukumannya pada hari qiamat nanti ialah seorang lelaki yang mati syahid. Ia akan dihadapkan (kepada Allah SWT) lalu Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu berada di dunia dahulu, maka ia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah SWT lalu bertanya kepadanya: “Apa yang engkau telah buat dengan nikmat yang telah Ku berikan kepadamu itu?” Ia menjawab: “Nikmat itu telah saya gunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku gugur sebagai syahid.” Allah SWT berkata kepadanya: “Engkau bohong! Sebenarnya engkau berperang adalah dengan tujuan supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang yang berani, dan telahpun dikatakan orang begitu kepadamu.” Orang itu lalu diheret ke atas mukanya sehingga ia dicampakkan ke dalam neraka.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: