Amalan Dibentangkan Setiap Minggu dan Dibicarakan Pada Hari Kiamat

Rasulullah Saw bersabda: Catatan amal perbuatan dilaporkankan kepada Allah Subhanahuwata’ala setiap hari Isnin dan Khamis, dan diperlihatkan kepada para Nabi, para Ayah dan para Ibu pada hari Jumaat, lalu mereka bergembira dengan kebaikan amal perbuatan mereka dan wajah mereka makin bertambah putih dan cemerlang, kerana itu bertakwalah kamu semua kepada Allah Subhanahuwata’ala, dan janganlah kamu menyakiti orang-orang yang telah mati dikalangan kamu dengan amalan perbuatan buruk kamu [Riwayat Abu Qasim]. 

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;“Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa”(Riwayat Imam Tirmizi).”

Di hari Kiamat semua manusia akan disoal termasuklah para nabi, rasul, malaikat. Bermula dari Malaikat Jibril. Allah tanya Jibril apakah dia telah menyampaikan apa yang disuruhnya. Kemudian apabila Jibril mengatakan ya, Allah tanya siapakah saksinya. Lalu jawab Jibril “Mikail”. Begitu juga nabi Adam, Idris, Nuh sehinggalah Nabi Isa. Semuanya dibicarakan bukan kerana Allah tidak tahu tapi sebagai pengajaran kepada manusia dalam masalah penghakiman.

Selain itu para bapa dan suami juga dibicarakan tentang didikan mereka terhadap anak dan isteri mereka. Mereka menanggung dosa anak dan isteri sekiranya tidak dikawal selia dan tidak diberi didikan dan nasihat.

At-Tahrim [6[ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka….

Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: