Doa Selamat Bala, Ketidakadilan dan Penghinaan Musuh

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bala yang melampau, kecelakaan, keputusan yang tidak baik dan kegembiraan musuh (terhadap masalahku).(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mintalah perlindungan daripada Allah kerana segala ketetapan samada yang baik atau tidak baik semuanya datang daripada Allah. Tiada yang lain boleh melindungi kita selain Allah.

Berdoalah dalam bahasa Melayu pun tiada masalah seperti “Ya Allah, selamatkan aku daripada kemalangan, kecurian dan kerosakan harta benda” dan sebagainya.

Bala atau musibah adalah ujian daripada Allah untuk membersihkan dosa-dosa. Tuhan kenakan bala supaya kita insaf atas dosa yang telah kita lakukan. 

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). ( Ar-Room:41)

Bersabarlah dalam menghadapi musibah dan janganlah merungut kerana setiap musibah itu ada pampasannya. Dalam hadith disebut seseorang itu tidak akan mengecap kemanisan iman sehingga dia merasakan musibah itu satu rahmat ke atasnya. Allah juga suka mendengar rayuan hambanya.

Anas bin malik R.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila Allah kasih sayang pada seorang hamba maka dikenakan kepadanya Bala”, Maka bila ia berdoa berkata Malaikat: suara yang sudah terkenal!!!. Dan berkata Jibril: Ya Allah , Hamba mu si Fulan itu, Sampaikanlah Hajatnya. Jawab Allah: Biarkan hambaku , Aku suka mendengar Rintihan Suaranya. Maka apabila hamba berkata……Ya Rabbi.. Jawab Allah : Labbaika Hambaku ( selamat datang hambaku) tiada engkau berdoa melainkan aku sambut,dan tiada engkau minta sesuatu melainkan pasti aku berikan , Adakalanya Aku segerakan untuk mu , atau aku simpan untukmu yang lebih baik bagimu, Atau aku tolak daripadamu bala”yang lebih besar dari itu.

Kita disuruh berdoa meminta perlindungan daripada bala dan kecelakaan yang melampau-lampau atau berlebihan, misalnya selepas satu masalah, datang pula masalah yang lain (satu demi satu) seperti kata pepatah Melayu “Sudah jatuh ditimpa tangga”

Allah juga mempunyai qada’ atau takdir ketetapan yang baik dan juga yang tidak baik. Kita disuruh berdoa meminta perlindungan daripada ketetapan yang tidak baik. Ada ketetapan yang tidak boleh diubah, misalnya mati itu pasti. Selain itu Allah mempunyai ketetapan yang hanya boleh diubah olehnya. Walaupun ianya telah tertulis di Loh Mahfuz, Allah berhak memadamnya atau menukarnya.

Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.

Kita juga diajar agar minta berlindung daripada kegembiraan musuh atas masalah dan kesusahan yang kita hadapi. Dalam kisah Nabi Musa yang memarahi Nabi Harun setelah umatnya kesesatan, Nabi Harun mengatakan:

Al-A’raf [149] Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah ia: Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu? Dan dia meletakkan Luh-luh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta dia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Doa Selamat Bala, Ketidakadilan dan Penghinaan Musuh”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: