Cinta Allah Pasti Berbalas

Sayangilah Allah tuhan yang esa dan unik (tiada yang menyerupaiNYA) dan dialah yang menciptakan segalanya dan memberikan kita rezeki:

Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia pula yang memberi makan dan bukan Dia yang diberi makan? Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. (Al-Anaan:14)

Bahkan Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya berdoa “Ya Allah, kurniakanlah aku kasih sayang kepada-Mu, kasih sayang kepada orang yang kasih kepadanya berfaedah bagiku, Ya Allah, apa yang engkau telah kurniakan kepadaku yang aku sukai, jadikanlah ia sebagai kekuatan untuk melakukan apa yang engkau sukai. Ya Allah, apa yang engkau telah palingkan (tidak dikurniakan), jadikanlah ia sebagai kesempatan untuk melakukan apa yang engkau sukai (Riwayat Tirmidzi)

Rasa cinta kepada Allah ialah rasa seronok apabila mengingati Allah. Allah menerima cinta walaupun daripada hambanya sendiri. Perlu ada perasaan cinta kepada Allah untuk menjadi seorang wali. Cinta itu adalah satu seni yang suci, cuma manusia yang mengotorkannya dengan maksiat. Ibadat yang besar ialah menyayangi Allah. Sayangilah Allah, “sebut-sebutlah Allah ” dan ingatlah Allah samada melalui zikir lidah, zikir hati atau zikir nafas. Apabila seseorang menyayangi Allah, maka Allah menyayanginya, dan diletakkan orang yang disayanginya itu di syurga, sebuah tempat kepunyaan Allah untuk menzahirkan kasih sayangnya kepada hamba yang taat.

Syurga adalah tempat Allah swt melahirkan kasih sayang kepada hamba-hambanya yang beriman. Seseorang itu masuk syurga dengan rahmat atau belas kasihan Allah. 

Daripada Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

Oleh itu sayangilah Allah kerana bila Allah menyayangi seseorang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurganya.

Ali-Imran [31] Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: