Jadilah Pencetus Ummah Ke Arah Kebaikan

An-Nahl [125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik…. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka dia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas dia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka dia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas dia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.” (Riwayat Muslim)

Ilmu yang baik yang diperturunkan itu menjadi amal jariah (amal yang mengalir pahalanya walaupun setelah kita meninggal dunia). 

Ada empat perkara yang mengalir pahalanya setelah pelakunya meninggal dunia, yaitu, orang yang meninggal ketika menjaga sempadan negara Islam dalam perjuangan di jalan Allah (murabith), orang yang mengajarkan ilmunya, senantiasa mengalir pahala baginya, orang yang memberikan sedekah akan mengalir pahala sedekahnya di mana saja sedekah itu berada dan orang yang meninggalkan anak yang soleh dan anak tersebut selalu berdoa untuk kebahagiaannya.” (Riwayat Thabrani).

Berdakwahlah dan nasihatlah dengan cara yang hikmah, baik dan lemah lembut. Semasa berdakwah lihatlah keadaan dan ‘mood’ orang yang hendak didakwah itu. Dakwahlah semasa dia berada dalam keadaan tenang dan bukannya semasa dia sedang kelam-kabut atau bermasaalah.

Berilah nasihat yang baik (Mauizah Hasanah) dan secara lemah lembut. Nabi Musa dan Nabi Harun disuruh berlemah lembut semasa menghadapi raja Firaun (yang mempunyai kuasa politik). Begitu juga para pendakwah dalam menarik manusia kepada Islam.

Taha [43] Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya.[44] Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut.

Berdakwah adalah satu jihad (pengorbanan), hukumnya fardhu kifayah (dalam keadaan biasa) dan hendaklah ada satu golongan yang berdakwah dan melakukan kerja agama:-

Ali Imran [104] Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Tetapi jikalau umat sudah rosak teruk, hukum dakwah berubah menjadi fardhu ain. Setiap orang yang mempunyai ilmu ugama wajib berdakwah. Selain itu hendaklah ada sekumpulan yang keluar untuk belajar ilmu agama dan balik ke kampung halamannya untuk berdakwah dan mengajar ilmu agama:

At-Taubah [122] Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Sayyidina Abu Bakar adalah orang yang pertama menjalankan kerja dakwah dan tabligh (menyampaikan Islam). Setelah memeluk Islam, beliau bertanya kepada Rasulullah saw “apakah yang boleh saya lakukan?”. Maka Rasulullah menyuruhnya berdakwah dan mengajak manusia kepada Islam. Dihari pertamanya berdakwah, beliau berjaya mengajak 4 atau 5 orang kepada Islam.

Berpesan-pesanlan tentang kebenaran. Dalam hadith disebut “bercakap benarlah walaupun pahit” dan “bercakap benarlah atau diam (jika tiada apa yang baik untuk dikatakan). Sayyidina Ali r.a. pula mengatakan “Dengar apa yang dicakap, jangan lihat siapa yang bercakap (dengar mesej yang hendak disampaikan, bukan status orang yang bercakap). Dalam berpesan-pesan tentang kebenaran, kita perlu sabar dengan kemarahan atau godaan. Ada orang yang akan marah atau tidak suka dengan nasihat kita.

Demi Masa![Al-Asr:1] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;[Al-Asr:2] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar[Al-Asr:3].

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: