Doa Lepas Azan Dapat Recommendation Nabi

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang mendengar azan dan membaca doa (yang bermaksud….“Wahai Allah, dengan berkat seruan yang sempurna ini dan dengan berkat sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan dan bangkitkanlah Baginda di Maqam Mahmud”, dia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. (Riwayat dari Jabir Bin Abullah.)

Salah satu waktu doa makbul (Allah terima doa) antaranya ialah di antara azan dan qamat “Doa di antara azan dan iqamah tidak akan ditolak. Berkata para sahabat: “Maka apa yang patut kami katakan wahai Rasulullah (ketika itu)?” Nabi bersabda: “Pohonlah kepada Allah keafiatan di dunia dan di akhirat.”(Hadis riwayat Tirmidzi) 

“dengan berkat seruan yang sempurna ini”.

Kalimah-kalimah azan mengandungi seruan yang sempurna kerana ia mengandungi kalimah membesarkan Allah (Allahuakbar) dan mengajak manusia mengerjakan solah (Hayya a’las-Solah) dan menuju kejayaan

“kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad wasilah dan kelebihan dan bangkitkanlah Baginda di Maqam Mahmud”.

Isra [79]…..semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di Maqam Mahmud.

Maqam tersebut ialah darjat kesanggupan Baginda s.a.w., dan kejayaannya meringankan kedahsyatan huru-hara padang Mahsyar dan penderitaan lama menunggu perbicaraan – yang dihakim oleh Tuhan yang Maha Adil – dengan jalan Baginda s.a.w., mengemukakan syafaat (recommendation) kepada Allah supaya mahkamah perbicaraan dibuka oleh Allah s.w.t., sedang Rasul-rasul yang lain tidak sanggup berbuat demikian pada waktu yang sangat-sangat ditakuti dan dibimbangkan itu. Pada masa itu Allah bersifat “Qahhar” iaitu sifat yang sangat garang, tiada yang berani bersuara

(dan pada satu riwayat: Baginda s.a.w., bersabda: “Lalu diizinkan daku mengadapnya, maka aku pun berdiri mengadapnya serta memujinya dengan puji-pujian yang aku tidak dapat menyebutnya sekarang, yang Allah mengilhamkannya kepadaku, kemudian aku menumuskan muka sujud kepadanya hingga aku diseru: “Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu dan berkatalah apa sahaja nescaya diperkenankan, mintalah supaya diberikan dan kemukakanlah syafaat supaya dikabulkan syafaatmu; Maka aku pun merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Kasihanilah umatku! Kasihanilah umatku!), (dan pada satu riwayat lagi: Baginda bersabda: “Maka aku pun mengangkat kepalaku serta memohon dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Segerakanlah apalah juga kiranya, perbicaraan hitungan amal khalayak yang ramai ini.

Nabi s.a.w sebenarnya tidak perlu kepada doa kita. Inilah akhlak Baginda yang mulia iaitu tawaduk dan merendah diri. Kita juga amat terhutang budi kepada Baginda bahkan Baginda Mulia mengingati umatnya yang kepanasan menunggu perbicaraan semasa di Padang Mahsyar nanti.

Sesiapa yang berdoa dengan doa di atas, Nabi akan memberinya syafaat (recommendation) untuk masuk syurga. Selain itu, untuk mudah mendapatkan syafaatnya, amalkanlah sunnah-sunnah nabi, walaupun sunnah yang dianggap kecil atau remeh. Ikutlah cara pakaian nabi, akhlak nabi dan suruhannya. Nabi apabila solat tidak pernah memakai baju lengan pendek, sentiasa menutup kepalanya dan kainnya tidak melebihi paras buku lali. Nabi selalu berserban (yang dililit di kepala) dan berjubah putih. Nabi pula makan di atas lantai, bukan di meja dan menjilat jari lepas makan.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: