Ujian Tentera Talut

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang mencedok satu cedokan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.  (Baqarah:249)

Talut mengingatkan tenteranya supaya tidak minum (dengan banyak) kerana bimbang mereka akan menjadi lemah dan tidak mampu untuk berperang melawan musuh. Rasulullah saw bersabda, perkara yang aku takuti atas umatku adalah perut besar (banyak makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan (Riwayat Daruquthni melalui Jabir r.a). Baginda bimbang apabila umatnya terlalu kenyang kerana ia boleh menyebabkan mereka malas untuk berjihad.Jika sesuatu kaum tidak melakukan kerja pada jalan Allah, mereka akan diganti:

At-Taubah [39]Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Semasa membuat parit bagi menghadapi perang Ahzab atau Khandak, Nabi SAW terpaksa mengikat batu di perut untuk menahan lapar dan 2 hari tidak makan. Kata sahabat yang turut sama tidak makan “Kamilah orang yang telah buat bait (janji setia) di atas jihad, selagi ada nyawa kami. Kami tidak berjanji untuk dapat roti (makanan)”.

Diriwayatkan juga Nabi Daud menentang Jalut dengan tentera seramai 313 orang. Angka 7 menunjukkan kekuatan, misalnya dalam Perang Badar, jumlah tentera Islam ialah 313 orang, (3+3+1=7). Namun bukanlah angka itu yang memberikan kekuatan, semuanya berlaku dengan izin Allah SWT. Orang Islam minoriti (sedikit) dari dulu hingga kini tapi iman, takwa dan tawakkal mereka (orang dahulu) sangat kuat. 

Sebaliknya dalam Perang Hunain, Islam kalah walaupun ramai kerana mereka lupakan Allah:

At-Taubah [25] Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: