Sayangilah Tuan Syurga

Salah satu amalan yang membolehkan kita masuk syurga ialah dengan menyembah Allah kerana Allah swt adalah tuan punya syurga. Syurga adalah tempat melahirkan kegembiraan dan kasih sayang Allah swt kepada manusia yang menyembahnya. Ahli syurga diberikan apa saja yang dikehendaki sepertimana firman Allah “wa lahum fii masytahat anfusuhum khooliduun”.

Anbiya [102] : …. mereka akan kekal selama-lamanya didalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.

Baca baki entri ini »

Allah Maha Hebat

Ayat ini selalu dibaca sejurus selesai memberi salam… Israa:[111] Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!  Baca baki entri ini »

Dialog Allah Dengan Rasulnya

Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya….(Baqarah:253). Baca baki entri ini »

Allah Tidak Mengambil Untung Atau Menanggung Kerugian

Allah swt tidak mendapat apa-apa keuntungan sekiranya kita menyayanginya. Kitalah yang untung sekiranya menyayangi Allah. Allah SWT juga tidak rugi jika semua manusia memilih untuk menjadi kafir dan Allah juga tidak untung jika semua manusia memilih untuk beriman. Allah tidak terlibat dengan untung atau rugi, sebaliknya manusialah yang rugi jika tidak menyembah Allah swt. Mereka yang memilih untuk menjadi kafir atau hidup secara kafir akan rugi kerana mereka akan diseksa dengan azab yang dahsyat. Manakala mereka yang memilih untuk beriman akan mendapat keuntungan dan diberi keuntungan berlipat ganda di syurga nanti. Allah SWT juga tidak mempunyai apa-apa kepentingan, sebaliknya manusia akan beroleh keselamatan jika beriman kepada Allah. 

 

Berwuduk dan Menjaga Wuduk Banyak Kelebihannya

Daripada Saidina Umar r.a. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik-baik wuduk, maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya.” (Hadis Imam Muslim). Rasulullah s.a.w. bersabda “Beristiqamahlah, namun kamu tidak akan dapat menghitung nilai istiqamah. Ketahuilah, bahawa amalan kamu yang terbaik adalah solah (sembahyang). Yang dapat memelihara wudhu’ hanyalah mukmin (orang yang beriman)”. (HR Ahmad dan Ibnu Majah) Baca baki entri ini »

Sentiasalah Bersihkan Hati Dari Kekotoran Batin

Hati manusia adalah umpama raja kepada seluruh anggota tubuh badannya. Apabila dalaman (hatinya) baik, maka baiklah luaran (perbuatan, perangai, pakaian dan amalan). Setiap dosa atau maksiat menumbuhkan satu titik hitam dalam hati, sekiranya tidak dibersihkan dengan taubat atau istigfar, maka ia akan menutup cahaya iman dalam hati kita. Apabila dosa dilakukan secara berterusan dan tidak dicuci dengan istigfar, maka malaplah cahaya iman. Baca baki entri ini »

Para Rasul Itu…

Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu)…(Baqarah:253).  Baca baki entri ini »

Huru Hara Hari Kiamat

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (Baqarah:281) Baca baki entri ini »

Allah Isytihar Perang Terhadap Pemakan Riba

Al-Baqarah [279]  Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu)maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.  Baca baki entri ini »

Kehebatan Nabi Daud

Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir. (Baqarah:250)

Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut…

……dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya…..(Baqarah:251) 

Nabi Daud diberikan suara yang hebat oleh Allah s.w.t. apabila baginda berzikir bergemalah suaranya yang diikuti oleh gunung-ganang.

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)! Dan juga telah melembutkan besi baginya; (Saba:10)  

…dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. (Anbiya:79)  Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur? (Anbiya:80)