Allah Isytihar Perang Terhadap Pemakan Riba

Al-Baqarah [279]  Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu)maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. 

Riba bermaksud mengambil lebih daripada barang yang ditukar walaupun sama mutunya. Misalnya hutang yang diberikan ialah Rm100 tetapi bayaran yang dikenakan melebihi nilai tersebut seperti Rm110 (sama matawang tetapi berbeza nilai).

Riba itu sifatnya berganda-ganda. Sebagai contoh, pinjaman perumahan – diawal tempoh pinjaman, bayaran ansuran banyak digunakan untuk membayar faedah atau “interest” berbanding ansuran bulanan, (bayar principal setelah ditolak interest)

Riba itu melibatkan dosa dengan Allah dan makhluk, terutama orang miskin kerana menganiayai mereka. Mengambil kesempatan ke atas orang miskin hukumnya haram. Bahkan dosa riba lebih besar dari dosa meniduri ibu dan 36 kali zina bagi setiap dirham riba.

Nabi SAW bersabda : Ertinya : ” Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda :Ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali”(Musnad Ahmad)

Bukan saja pemakan, bahkan mereka yang terlibat dengannya, Nabi SAW telah bersabda : “Dilaknati pemakan riba, penulis riba dan yang menjadi saksinya” (Riwayat al-Bukhari dan Ibn Majah)

Harta “Sedikit Yang Halal” Lebih Baik Daripada “Banyak Tetapi Haram”. Harta riba walaupun banyak akan jadi sedikit akhirnya..Allah itu bersih dan suci, Allah tidak menerima sesuatu yang tidak bersih dan tidak boleh mendampingi Allah melalui harta yang haram.

Al-Maidah [100] Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. 

Al-Baqarah [276] Allah susutkan riba, dan mengembangkan sedekah..

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. …

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: