Para Rasul Itu…

Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu)…(Baqarah:253).  Daripada 124,000 nabi, hanya 313 nabi dilantik menjadi rasul. Daripada 313 ini 5 adalah Ulul-Azmi. Nabi Muhammad s.a.w statusnya adalah nombor satu  pada semua peringkat Nabi, Rasul dan Ulul-Azmi. Baginda adalah nabi dan rasul yang penghabisan. Rasul bermaksud utusan manakala nabi bermaksud pembawa berita (kebenaran). Kedua-dua Nabi dan Rasul dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas dakwah iaitu menyampaikan kebenaran.

Rasul bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dakwah serta diberikan kitab, manakala nabi juga berdakwah tetapi tidak diberikan kitab dan mereka menggunakan kitab yang diutuskan kepada para nabi sebelumnya. 4 kitab itu adalah Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Sebahagian ulama berpendapat para nabi menggunakan risalah dalam menyampaikan dakwah mereka. Ada yang mengatakan terdapat 96 risalah dan ada yang mengatakan terdapat 100 risalah disamping 4 kitab yang besar itu. 

4 Sifat yang wajib bagi para nabi dan rasul ialah benar, menyampaikan, amanah dan bijaksana. Semua nabi itu utusan Allah dan Nabi Isa dan nabi-nabi lain adalah perintis dan mereka cuma diutuskan hanya untuk umat dan bangsanya sendiri. Nabi Muhammmad s.a.w. adalah nabi penutup, penghujung, muktamad. Baginda membawa rahmat sekelian alam. Ajaran Nabi Muhammad tetap relevan dan tidak expired dan dibawa untuk semua bangsa.

Al-A’raf [158] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya… Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli Neraka. (Baqarah:119)

An-Najm [3] Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.[4] Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya

Nabi Muhammad adalah utusan Allah yang membawa kebenaran iaitu agama Islam yang merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf Allah swt.

Al-Maidah [19] : Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala telah mengkhaskan agama ini (iaitu agama Islam) untuk diriNya (iaitu Allah Subhanahuwata’ala ).

Rasulullah s.a.w. juga adalah pembawa berita gembira kepada mereka yang taat dan patuh kepada syariat dan peraturannya. Peraturan itu tidak ditunjukkan secara “direct” tetapi melalui Rasul sebagai orang tengah, yang menyampaikan syariat itu. Syariat hanya diwajibkan bermula pada zaman Nabi Nuh.

Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh (An-Nisaa:163)

Para nabi dan rasul merupakan orang-orang yang berani dan kuat hatinya dalam menyampaikan kebenaran. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud “Allah lebih menyayangi orang Mukmin yang kuat (berani) daripada orang Mukmin yang lemah (Riwayat Muslim). Kuat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah kuat hati. 

Dalam Al-Quran, Allah juga mengingatkan Nabi Musa bahawa Allah tidak melantik orang yang penakut untuk menjadi Rasul.

An-Naml 10] Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu dia diseru): Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut,

Untuk selamat di dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, manusia perlu mematuhi hukum Allah yang disampaikan oleh Rasul. Segala kesenangan serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat adalah hasil dari kepatuhan (Islam) yang sempurna dalam mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: