Berwuduk dan Menjaga Wuduk Banyak Kelebihannya

Daripada Saidina Umar r.a. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik-baik wuduk, maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya.” (Hadis Imam Muslim). Rasulullah s.a.w. bersabda “Beristiqamahlah, namun kamu tidak akan dapat menghitung nilai istiqamah. Ketahuilah, bahawa amalan kamu yang terbaik adalah solah (sembahyang). Yang dapat memelihara wudhu’ hanyalah mukmin (orang yang beriman)”. (HR Ahmad dan Ibnu Majah)Menggugurkan Dosa

Banyak hadith-hadith yang menerangkan bahawa, dosa-dosa yang dilakukan oleh mata, kaki, telinga dari anggota-anggota yang telah dibasuh atau disapu, akan gugur ketika berwuduk dan keluar bersama titisan air wuduk.

Imam Abu Hanifah pernah diperlihatkan oleh Allah s.w.t (dibuka hijabnya melalui keramat kewalian beliau) bahawa air yang mengalir dari anggota ketika berwuduk, adalah dilihat sama seperti darah yang kotor. Beliau mengatakan air itu adalah air musta’mal. Sayugiyanyalah, setelah berwuduk kali pertama, air yang telah digunakan itu adalah najis dan tidak boleh digunakan lagi untuk berwuduk. Namun air itu masih boleh diminum.

Sabda Rasululullah s.a.w. “Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar/gugur dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersama-sama dengan titisan air yang terakhir, apabila ia mencuci kedua tangannya, maka keluar/gugurlah dosa-dosa yang dilakukan kedua tangannya bersamaan dengan air atau bersama-sama dengan titisan air yang terakhir, dan ketika ia membasuh kaki, maka semua dosa yang diperbuat oleh kakinya gugur bersama air dan bersama dengan titisan air yang terakhir, sehinggalah seseorang hamba itu keluar dalam keadaan bersih dari dosa” (Riwayat Muslim)”. 

Mukmin Sentiasa Memelihara Wuduk

Orang yang sentiasa berwuduk bererti beliau berada di dalam keadaan bersih dan suci. Tanpa wuduk sesorang itu dianggap berhadas kecil (secara rohani) atau “hadas hukmi”, iaitu tidak suci dari pandangan hukum, walaupun tiada najis pada badannya tetapi dia tidak dapat melakukan ibadah tertentu selagi tidak berwuduk. 

Kesan Wuduk Di Hari Kiamat

Rasulullah s.a.w. juga mengenali umatnya di Padang Mahsyar melalui tanda yang terdapat pada muka mereka yang berseri-seri. Sesungguhnya ummatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dgn cahaya di wajah, tangan dan kaki kerana kesan bekas wudhu’.” [sahih Bukhari, kitab wudhu’] 

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abduhu wa rosuuluh,(maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya,) akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.

Kesan Wuduk Di Syurga

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda “perhiasan (di badan ahli syurga) orang mukmin, setakat mana sampainya wuduk (yang dilakukan semasa di dunia dahulu)”.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: