Allah Maha Hebat

Ayat ini selalu dibaca sejurus selesai memberi salam… Israa:[111] Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh! 

Allah Tidak Mempunyai Anak

Dialah tuhan yang satu dulu, kini dan selama-lamanya yang tidak memerlukan anak atau isteri. Bahkan tiada tuhan sebelum Allah atau selepas Allah swt. Allah telah wujud (ada) sebelum semua makhluk diciptakan. Allah SWT tidak tua dan tidak perlu kepada keturunan untuk mewarisi kekuasaannya. Hanya manusia yang lemah perlukan anak untuk menyambung keturunan mereka. Tetapi Allah itu tuhan yang awal dan dialah yang akhir dan tidak mati. Jadi untuk apa Allah perlukan anak

Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (Al-Ikhlas:3) 

An’am [101] (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. 

Tiada bagiNya sekutu (rakan kongsi) dalam urusan kerajaanNya..

An-Nisaa [36] : Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah Subhanahuwata’ala dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua….

Menyekutukan Allah Subhanahuwata’ala atau mensyirikkan Allah Subhanahuwata’ala  bermaksud memperkongsikan kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala dengan sesuatu yang lain (makhluk) seperti menduakan Allah Subhanahuwata’ala dengan menyembah selain dariNya sepertimana orang kafir Quraisy, Kristian, Yahudi yang memperkongsikan Allah Subhanahuwata’ala dengan berhala, nabi Isa dan nabi Uzair.

Allah Subhanahuwata’ala  itu esa, tunggal dan tidak boleh disyirikkan atau dikongsi. Syirik yang paling besar ialah kafir. Namun begitu, orang kafir yang memeluk Islam, segala dosanya yang lampau akan diampunkan, setelah ia memeluk agama Islam.

Allah Janganlah sekutukan (mensyirikkan) Allah, khasnya dalam beribadat. Ibadat adalah milik Allah, maka lakukan ia semata-mata untuknya:

Allah Al-Kahfi [110] sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah Dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah Dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

Allah Bayyinah [5] Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: