Orang Bijak dan Mukmin Yang Dihormati

Wahai Anak Adam! Taatlah kepada tuhanmu, maka kamu termasuk dalam golongan berakal (cerdik) dan janganlah kamu menderhakainya kerana kamu akan dinamakan jahil (bodoh) (Riwayat Abu Naim melalui Abu Huraurah). Malaikat Jibril telah datang kepadaku dan berkata “Wahai Muhammad, hiduplah engkau sesukamu kerana sesungguhnya engkau pasti mati, dan sayangilah sesiapa saja yang engkau kehendaki kerana sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya, dan lakukanlah semahumu kerana engkau akan mendapat balasannya. Dan ketahuilah bahawa kehormatan seorang mukmin terletak pada solat malamnya (tahajjud) dan kemuliannya pada sikap berdikari daripada meminta pertolongan orang lain (Riwayat Imam Baihaki melalui Jabor r.a.) 

Halal Selagi Tidak Diharamkan

Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): (Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu wahai Bani Israil sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar. (Ali-Imran:93) (Jika tidak) maka sesiapa yang mereka-reka kata-kata dusta terhadap Allah sesudah yang demikian itu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Ali-Imran:94) Baca baki entri ini »

Derma Apa Yang kamu Sayangi

Ali-Imran [92] Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Hebatnya Ilmu dan Pengetahuan Allah

…Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)… (Baqarah:255) Baca baki entri ini »

Tuan Syurga Yang Tidak Mati, Tidak Mengantuk atau Tidur

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur…(Baqarah:255) Baca baki entri ini »

Syafaat (Recommendation)

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya…(Baqarah:255).

Secara mudahnya, syafaat iaitu ialah seperti sokongan atau recommendation daripada mereka yang berkedudukan. Misalnya surat sokongan daripada seorang wakil rakyat atau menteri kepada Perdana Menteri. Baca baki entri ini »

Tiada Mata Dapat Melihat Allah Tetapi Allah Melihat Semua mata

Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Al-Anaam:103) Baca baki entri ini »