Menjawab Salam Sesama Islam

An-Nisaa [86] Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu..

Ucapan salam itu adalah satu doa’ dari seorang muslim kepada seorang muslim yang lain. Ia juga mampu menimbulkan perasaan kasih sayang antara sesama kota. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim tentang salam. “Kamu tidak akan masuk syurga, sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman, sehingga kamu saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua, sesuatu yang dengan melakukannya, maka akan wujud rasa sayang-menyayangi? Tebarkan salam”.

 “Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu” (Nisaa:86).. Setiap lafaz dalam ucapan salam itu mempunyai pahala dan markahnya..“Seorang lelaki melintasi Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) sewaktu baginda duduk bersama beberapa orang yang lain dan berkata “Salaamu ‘alaikum (salam sejahtera ke atas kamu). Rasulullah bersabda: Dia mendapat sepuluh kebaikan (ganjaran). Lelaki lain melintas dan berkata: Salaamu ‘alaikum warahmatullah (salam sejahtera ke atas kamu dan dengan rahmat Allah). Rasulullah bersabda: (Dia akan mendapat) dua puluh kebaikan. Lelaki lain melintas dan berkata “Salaamu ‘alikum warahmatullahi wabarakatuh” (salam sejahtera ke atas kamu dan dengan rahmat Allah dan berkat daripada Allah). Rasulullah bersabda: (Dia akan mendapat) tiga puluh kebaikan.” (Hadis Bukhari, al-Nasaai dan Ibn Hibban)

Ucapan salam juga adalah ucapan penghormatan dari Allah (subhanahu wata’ala) kepada hamba-hambanya yang berjaya di dalam syurga nanti.

Al-Ahzab [44] Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan “Salam” (selamat sejahtera) dan Dia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.

Ya-sin [58] (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Jika bukan Islam memberi salam, jawablah “hadakallah”  iaitu “moga Allah beri petunjuk kepada kamu” (masuk Islam) atau salamun ‘ala manit-taba’a al-huda” (sejahtera ke atas mereka yang menurut atau mengikut petunjuk Allah (subhanahu wata’ala) sepertimana ditulis dalam surat Rasulullah s.a.w. kepada Najasi, Raja Habsyah. 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: