Tiada Mata Dapat Melihat Allah Tetapi Allah Melihat Semua mata

Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Al-Anaam:103)

Nabi Musa pernah meminta untuk melihat Allah s.w.t.

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku) (Al-A’raf:143)

Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa ahli syurga hanya boleh melihat Allah semasa mereka berada di sana. Mata dan hati mereka dikuatkan (power) untuk melihat Allah. Mata biasa ini tidak cukup kuat untuk melihat Allah). Seperti dijelaskan di dalam al-quran, banyak muka akan melihat Allah.

Qiyamah [22] Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; [23] Melihat kepada Tuhannya.

Dari Suhaib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., membaca firman Allah dalam ayat ini, ertinya: “Bagi orang-orang yang berbuat baik diberi balasan yang sebaik-baiknya (Syurga) dan satu tambahan lagi.”), dan sesudah itu Baginda s.a.w. bersabda: “Apabila ahli Syurga masuk Syurga dan ahli Neraka masuk Neraka, menyerulah penyeru katanya: “Wahai ahli Syurga! Sesungguhnya ada untuk kamu satu perkara yang dijanjikan kepada kamu di sisi Allah yang ia hendak menunaikannya“; mereka bertanya: “Apa dia perkara itu? Bukankah Tuhan telah memberatkan timbangan amal baik kami, bukankah Ia telah menyerikan muka kami dan memasukkan kami ke dalam Syurga serta menjauhkan kami dari Neraka? Baginda s.a.w., bersabda: “Maka pada saat itu dibukakan hijab kepada mereka lalu mereka melihatNya; demi Allah! Tidak ada sesuatu yang Allah kurniakan di sukai oleh mereka lebih daripada melihatNya dan tidak ada yang mententeramkan hati mereka lebih daripada itu.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: