Syafaat (Recommendation)

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya…(Baqarah:255).

Secara mudahnya, syafaat iaitu ialah seperti sokongan atau recommendation daripada mereka yang berkedudukan. Misalnya surat sokongan daripada seorang wakil rakyat atau menteri kepada Perdana Menteri.

Saba’[23] Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu? Sebahagian di antara mereka menjawab: Tuhan telah menitahkan kebenaran; dan Dialah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.

Dari Usman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Di hari kiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, yaitu para Nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada” (H.R. Ibnu Majah).

8 Pemberi syafaat di hari Kiamat dengan izin Allah ialah:-

  • Quran (pemberi syafaat yang paling besar kerana ia adalah kalam Allah). Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” Dalam hadith yang lain pula “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt , bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya“.tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran
  • Para Malaikat.  An-Najm[26] (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.
  • Para nabi
  • Para ulama,
  • Para wali,
  • Sidiqin (orang-orang jujur),
  • Solehin (orang-orang soleh),
  • Hafiz (orang yang hafal al-quran dan yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya). Disebut dalam hadith: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan menghafalnya, dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan di dalam al-Quran, Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka.”

Syafaat al-Uzma” ialah Syafaat yang terbesar yang ditentukan untuk Nabi Muhammad s.a.w. sahaja mengemukakannya ke hadhrat Allah ‘Azza wa Jalla agar disegerakan perbicaraan di Hari Kiamat. Ada lagi beberapa jenis syafaat yang dikhaskan bagi Nabi Muhammad s.a.w., di antaranya:

  • Syafaat Baginda s.a.w., supaya Tuhan memasukkan ke syurga satu kumpulan besar dari umatnya dengan tidak dihisab.“Dari Abi Hurairah, sesungguhnya Nabi SAW. bersabda: “70000 orang dari umatku masuk syurga tanpa hisab”…nabi telah berdoa agar dilebihkan bilangan tersebut, akhirnya dipersetujui setiap seorang dari 70,000 itu membawa 70,000 orang lagi (70,000 x 70,000)
  • Syafaat Baginda s.a.w. untuk satu kumpulan yang telah dihisab dan didapati mereka berhak menerima balasan Neraka, supaya tidak dimasukkan, tetapi dimasukkan terus ke syurga

Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya syafaatku untuk ummatku yang melakukan dosa-dosa besar. (kecuali mereka yang mati dalam keadaan syirik dan tidak bertaubat darinya)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: