Tuan Syurga Yang Tidak Mati, Tidak Mengantuk atau Tidur

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur…(Baqarah:255)

Tentang Allah

Allah adalah salah satu daripada 99 nama Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Untuk mengenali tuhan, kita hendaklah mengenali nama-nama dan sifat-sifatnya. Nama-nama Allah hendaklah dikenali secara majmuk iaitu gabungan kesemua nama-nama itu.

Tiada Tuhan Sebenar Selain Allah

Dalam ayat ini Allah SWT memberitahu manusia bahawa Dialah tuhan dan “Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah” kerana manusia adalah lemah. Manusia akan menyembah apa sahaja yang dianggap mempunyai kesaktian samada jin, dewa, batu, kayu atau berhala. Semua itu adalah tuhan yang direka kerana mereka adalah makhluk Allah SWT.

Tuan Syurga Yang Kekal Hidup

Jikalau tuan syurga mati, maka susahlah para penghuni syurga kerana mungkin terpaksa keluar dari syurga itu disebabkan pemiliknya telah bertukar. 

Allah itu “Hayyat” iaitu hidup dan hidupnya adalah yang asli iaitu tidak perlu kepada nyawa dan hidupnya berasingan dari makhluk. Hidupnya juga tidak perlu kepada makanan atau minuman. Allah tidak mati kerana hidup itu haknya.

Hidupnya ialah kehidupan yang asli dan diberikan kehidupan kepada makhluk yang diciptanya. Allah hidup tidak seperti makhluk kerana makhluk memerlukan nyawa untuk hidup. Kita pula hidup dengan bergantung kepada nyawa yang diberikan olehnya dan tiap yang bernyawa akan mati. Allah hidup tanpa perlu kepada nyawa, maka Allah tidak akan mengalami kematian.

Ali-Imran [185] Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati …

Hidup (adanya) Allah itu adalah dengan sendiri (Qiyamuhu bi nafsihi) tanpa perlu bergantung kepada sesuatu. Hidup Allah tidak perlu kepada anak, apalagi kepada isteri. Allah SWT tidak tua dan tidak perlu kepada keturunan untuk mewarisi kekuasaannya.

Al-An’am [101] (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Hidup Allah itu adalah hidup yang “qadim”, tiada sebelum dan tiada yang selepasnya.

Al-Hadid [3] Dialah Yang Awal dan Yang Akhir. 

Allah Tidak Mengantuk

….sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Nisaa:1).. 

Kalau tuhan mengantuk, musnahlah dunia. Allah SWT tidak mengantuk kerana DIA tidak makan dan tidak minum. Manusia pula merasa mengantuk disebabkan terlebih makan atau terlalu lapar. Allah SWT juga tidak tidur kerana DIA tidak mengantuk.Hal inilah yang juga pernah ditanyakan umat Nabi Musa kepada nabinya.

Dalam kitab Taurat disebutkan Allah tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur. Benarkah itu?” tanya kaumnya. Kemudian Nabi Musa menjelaskan maksud ayat itu kepada kaumnya sebagaimana yang juga dijelaskan dalam Taurat, walaupun sudah dijelaskan, kaumnya masih bertanya lagi “Bagaimana Tuhan tidak perlu tidur? Maka Allah menyuruh Nabi Musa memegang dua gelas yang diisi penuh air. Ketika gelas sedang berada ditangannya, Allah lalu menidurkan Nabi Musa, tentu saja botol jatuh dan pecah. Kemudian Allah menyuruh Nabi Musa as. “Hai Musa, katakanlah kepada umatmu, jika Allah tidur, nescaya akan rosaklah dunia ini“.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: