Halal Selagi Tidak Diharamkan

Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): (Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu wahai Bani Israil sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang-orang yang benar. (Ali-Imran:93) (Jika tidak) maka sesiapa yang mereka-reka kata-kata dusta terhadap Allah sesudah yang demikian itu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Ali-Imran:94)

Abdullah Bin Salam adalah seorang pendita Yahudi yang akhirnya memeluk Islam. Pada mulanya beliau enggan memakan binatang berkuku seperti unta dan lembu kerana beliau menyangka bahawa ianya diharamkan dalam kitab Taurat. Sebenarnya bintang itu haram diharamkan oleh Nabi Yaakub ke atas dirinya sahaja disebabkan penyakit yang dialaminya. Maka turunlah ayat ini:

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Baqarah:208). 

Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. 

Dalam konteks hari ini, kita juga perlulah mengamalkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan dan bukan sahaja dalam urusan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Seluruh aspek kehidupan seperti makan-minum, perniagaan, perkahwinan, pentadbiran juga haruslah berlandaskan agama Islam. Ada urusan yang menyalahi Islam misalnya adat-adat perkahwinan Hindu seperti bersanding, sirih junjung, pulut kuning dan sebagainya masih lagi diamalkan sedangkan kita dituntut supaya mengamalkan Islam secara 100% atau “A to Z”. 

Jangan Ikut Cara Syaitan Atau Selain Islam. 

..dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Baqarah:208). 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: