Orang Bijak dan Mukmin Yang Dihormati

Wahai Anak Adam! Taatlah kepada tuhanmu, maka kamu termasuk dalam golongan berakal (cerdik) dan janganlah kamu menderhakainya kerana kamu akan dinamakan jahil (bodoh) (Riwayat Abu Naim melalui Abu Huraurah). Malaikat Jibril telah datang kepadaku dan berkata “Wahai Muhammad, hiduplah engkau sesukamu kerana sesungguhnya engkau pasti mati, dan sayangilah sesiapa saja yang engkau kehendaki kerana sesungguhnya engkau akan berpisah dengannya, dan lakukanlah semahumu kerana engkau akan mendapat balasannya. Dan ketahuilah bahawa kehormatan seorang mukmin terletak pada solat malamnya (tahajjud) dan kemuliannya pada sikap berdikari daripada meminta pertolongan orang lain (Riwayat Imam Baihaki melalui Jabor r.a.)