Bonus Sedekah Yang Ikhlas dan Dari Sumber Yang Halal

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Baqarah:261) Baca baki entri ini »

Perkara Mengeraskan dan Mengotorkan Hati

1) Terlalu banyak makan. 2) Terlalu banyak bercakap (yang tidak perlu). 3) Marah 4) Sayangkan dunia (harta) 5) Sayangkan kedudukan (pangkat dan kekuasaan) 6) Sifat riak. 7) Sifat ujub. 8) Sifat takabur 9) Perasaan hasad (dengki) 10) Sifat bakhil (kedekut) Baca baki entri ini »

Beramallah Sebelum Tidur

Takutlah kepada Allah swt kerana kalau Dia mahu Dia boleh meruntuhkan bumbung rumah ketika kita sedang tidur nyenyak pada waktu malam. Patutkah manusia melakukan maksiat dan tidak merasa takut kepada Allah swt, sedangkan Allah swt berkuasa menyuruh bumi menelan atau menghantar angin untuk membinasakan manusia sepertimana umat terdahulu. Setidak-tidaknya bacalah ayat Qursi, surah al-Mulk (30 ayat) dan istigfarlah 3 kali sebelum tidur seperti yang disebutkan dalam beberapa hadith. Baca baki entri ini »

Bagaimana Allah Menghidupkan Semula?

Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? Lalu dia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: Berapa lama engkau tinggal (di sini)? Dia menjawab: Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari. Allah berfirman: (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah) dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging. Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Baqarah:259).  Baca baki entri ini »

Jom Jadi Mukmin

Dunia ini ibarat penjara (kerana terdapat hukum yang menjaga) bagi orang Mukmin, dan syurga bagi si Kafir“. (Riwayat Muslim).  Siapakah Mukmin? Mukmin itu:

Baca baki entri ini »

Tips Melembutkan Hati dan Mendapatkan Hajat Hati

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apakah engkau suka bila hatimu menjadi lunak (lembut) dan dapat mencapai apa yang diperlukan; kasihanilah anak yatim; usaplah kepalanya dan berilah dia makan dari makananmu, nescaya hatimu lunak (lembut) dan engkau dapat memperolehi apa yang kamu hajati (Riwayat Thabrani melalui Abu Darda).  Baca baki entri ini »

Lakukanlah Kebaikan Selepas Terlanjur Melakukan Kejahatan

Rasulullah s.a.w. bersabda “Bertaqwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, nescaya perbuatan baik itu akan menghapusnya dan berakhlaklah terhadap manusia dengan akhlak yang baik (Riwayat Thabrani melalui Abu Dzar r.a.).  Baca baki entri ini »

Gandaan Pahala dan Penghapusan Dosa Dengan Berselawat

Rasulullah s.a.w. bersabda “Telah datang kepadaku utusan Tuhanku (Jibril) lalu dia berkata “Sesiapa diantaramu berselawat untukmu sekali (1) selawat, maka Allah SWT mencatat sepuluh (10) kebajikan (pahala) baginya, mengapuskan daripadanya sepuluh (10) keburukan, ditinggikan (kedudukannya) sebanyak sepuluh (10) darjat dan begitulah seterusnya. (Riwayat Ahmad melalui Abu Talhah)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun. Telah ditanya; Wahai Rasulullah s.a.w, Bagaimanakah selawat itu? Baginda menjawab “Allah humma salli ala muhammadin (1) abdika (2) wa nabiyyika (3) wa rasulikan (4) nabiyyil ummi” (Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”) [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)

Raja Yang Disembah

Berbeza dengan raja-raja yang lain, Allah SWT raja kepada segala raja memberikan kita peluang untuk menghadapnya secara rasmi sebanyak 5 kali sehari semalaman. Asalnya peluang itu adalah 50 kali sehari, namun atas nasihat nabi Musa a.s., Rasulullah SAW telah meminta agar dikurangkan kerana bimbang kita tidak dapat melakukannya.

Allah SWT, raja segala raja juga memberikan kita peluang untuk menghadapnya bila-bila masa di luar waktu rasmi iaitu semasa melakukan qada (ganti solat) dan juga melalui solat-solat sunat. Berbeza dengan raja-raja yang yang lain, kita hanya boleh menghadap mereka dalam waktu-waktu tertentu sahaja. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya ….. (diriwayatkan oleh Imam Ahmad). Sembahyang itu adalah munajat, iaitu “personal contact” atau hubungan peribadi dengan Allah. Lebih banyak waktu sembahyang bererti lebih kerap kita menemui Allah dan lebih rapatlah hubungan peribadi dengan Allah

Raja segala raja ini juga telah mengaturkan pelbagai program untuk melayakkan kita masuk ke dalam syurganya seperti program solat, puasa, zakat, haji dan banyak lagi. 

Muslim Yang Taat Kepada Allah Digeruni Musuh

Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah Neraka dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim. (Ali-Imran:151)

Orang Islam minoriti (sedikit) dari dulu hingga kini tapi iman, takwa dan tawakkal mereka (orang dahulu) sangat kuat. Islam menang kerana “contact” mereka dengan Allah sangat kuat: 

Ali-Imran [174]Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar..

Orang Islam menang kerana mereka takut hanya kepada Allah:

Ali-Imran [175] Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Sebaliknya dalam Perang Hunain, Islam kalah walaupun ramai kerana lupakan Allah.

At-Taubah [25] Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. 

Rugi Jika Taat Kepada Kafir

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. (Ali-Imran:149) (Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu dan Dialah sebaik-baik Penolong. (Ali-Imran:150)  Baca baki entri ini »

Dakwah Rasulullah Kepada Ahli Gusti

Daripada Abu Daud dan al-Timizi, daripada Abi Ja’far bin Muhammad bin Rukanah daripada bapanya mengatakan bahawa Rukanah pernah mencabar Nabi s.a.w untuk beradu kekuatan. Baginda menerima cabaran tersebut dan mereka pun bertarung. Ketika mereka berlawan menguji kekuatan, Nabi s.a.w berjaya menewaskan Rukanah. Baca baki entri ini »

Perang Saraf

Jabir Ibnu Abdillah r.a berkata: Nabi SAW bersabda: Peperangan itu adalah tipu muslihat (Bukhari dan Muslim). 
Huraian Hadith: 
Salah seorang ketua kaum musyrikin yang bernama Nuaim ibni Mas’ud datang kepada Rasulullah dan mengistiharkan keislamannya. Dia datang pada asalnya sebagai musyrikin dan kemudian senyap-senyap bertemu Rasulullah dan memeluk Islam. Baginda Saw meminta dia merahsiakan agar dapat bersama kaum musyrikin. Nabi SAW bersabda kepada Nuaim, “Kamu adalah sebahagian daripada kami. Lakukan tipu-daya semampu kamu kepada mereka kaum musyrikin. Sesungguhnya peperangan itu adalah tipu-daya.”. 
Peperangan itu adalah tipu daya atau menjalankan tipu daya untuk memperoleh kemenangan sekali gus mengalahkan lawan atau musuh. Nabi SAW menjuruskan penipuan itu seperti yang berlaku dalam peperangan Khandak bila mana baginda mengutuskan Nu’aim Ibn Mas’ud untuk menimbulkan kekacauan antara golongan Quraisy, Ghaffan dan golongan Yahudi.

Hati-Hati Dengan Kuasa Yang Diberikan

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat? Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (Baqarah:258) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Fikir Kebesaran Allah Melalui Nikmat Air

Allah swt berkuasa menghilangkan air dari muka bumi ini dan tiada siapa yang dapat memberikan air kepada manusia selain Allah swt.

Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. (Mulk:30)

Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? (Waqiah:68) Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya? (Waqiah:69) Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. (Waqiah:70)

Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.(Hijr:22)

Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. (Fatir:12)

Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai. (Furqan:49)

Dan Kami telah jadikan di bumi: Gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga? (Mursalat:27)

Siapakah yang mampu mencipta air tanpa menggunakan bahan-bahan daripada Allah?

Ad-Dhuha [11] : Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukurkepadaNya