Muslim Masuk Syurga Akhirnya

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan “La ilaaha illallah” maka dia dimasukkan kedalam syurga” (HR. Hakim) Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:Jibril telah datang kepada aku lalu berkata,”Sampaikanlah khabar gembira kepada umatmu, bahawa sesungguhnya sesiapa yang mati dengan tidak mempersekutukan Allah Subhanahu Wata’ala, maka dia akan masuk syurga.Aku bertanya, “Ya Jibril, sekalipun dia telah mencuri dan berzina?” Jibril menjawab, “Ya“. Aku bertanya lagi, “Sekalipun dia telah mencuri dan berzina?. Jibril menjawab, “Ya“. Aku bertanya lagi sekali, “Sekalipun dia telah mencuri dan telah berzina?” Jibril menjawab, “Ya, dan sekalipun dia telah minum arak”  [Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Hibban dari Abu Dzar]

Daripada Abu Dzar. R.A.  Rasulullah S.A.W. bersabda: ” Sesiapa diantara umatku yang meninggal dunia, sedangkan dia tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, orang itu masuk syurga!. “Aku (Abu Dzar) bertanya, “Sekalipun orang itu berzina dan mencuri?” Jawab Nabi, “Ya! sekalipun dia berzina dan mencuri!” (Bukhari) 

Syurga adalah hak milik dan diberikan kepada sesiapa yang mempunyai tiketnya iaitu kalimah Syahadah dan kalimah itu diterima oleh hati bahawa ““Allah itu adalah tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruhnya”. Oleh itu teroponglah hati masing-masing kerana iman itu letaknya di hati.

Ada juga orang Islam yang dimasukkan ke dalam neraka terlebih dahulu untuk membersihkan dosa-dosanya sebelum dikeluarkan untuk masuk ke dalam syurga. Ia umpama padi yang ditumbuk dengan lesung untuk mendapatkan beras. Setelah dikeluarkan beras barulah ianya dimasak.

Daripada Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak meminum arak,  tidak akan meminum arak itusemasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak mencuri,  tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang dirompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: