Makan Rezeki Halal Dan Bersyukurlah Kepada Pemberi Rezeki

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (Baqarah:172). 

An-Nahl [114] Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.

“Makanlah dari apa yang telah dikurniakan (rezeki)“ 

Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, semua yang dikurniakan adalah rezeki samada halal atau haram. Yang tidak halal juga rezeki, tetapi tidak boleh dimakan.Apabila mendapat rezeki yang haram (walaupun sudah ditakdirkan), ubahlah dengan mencari yang halal kerana Allah juga suruh kita berubah:-

Anfal [8]……..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Bersukurlah kepada Allah, Pemberi Rezeki

Kadangkala manusia tidak menghargai dan menghormati rezeki yang diberikan kepadanya. Rezeki juga mempunyai maruah dan perlu dihormati. Rasulullah saw sendiri apabila makan, Baginda akan makan  sehingga licin pinggannya. Selain itu Rasulullah saw menyuruh kita mengutip makanan yang terjatuh :

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah saw, “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkartan” (HR Muslim)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: