Jom Jadi Mukmin

Dunia ini ibarat penjara (kerana terdapat hukum yang menjaga) bagi orang Mukmin, dan syurga bagi si Kafir“. (Riwayat Muslim).  Siapakah Mukmin? Mukmin itu:

Mukmin itu sentiasa dalam keadaan berwuduk.

Ketahuilah, bahawa amalan kamu yang terbaik adalah solah (sembahyang). Yang dapat memelihara wudhu’ hanyalah mukmin (orang yang beriman)”. (HR Ahmad dan Ibnu Majah).

Mukmin itu mengamankan umat manusia dari bahaya nyawa dan harta mereka.

Mukmin(Orang yang beriman) ialah orang yang mengamankan orang ramai ke atas darah mereka dan harta mereka. (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah).

Mukmin itu tidak takut mati. Mukmin itu tidak gentar pertanyaan Mungkar dan Nakir. Mukmin itu  tidak takut meniti sirat yang sangat halus dan di bawahnya Neraka. 

Mukmin itu kesukarannya di Padang Mahsyar hanya sekadar kesusahan menunggu tibanya waktu solah berjemaah.

Mukmin itu apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka.

Anfal [2] Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah..

Mukmin itu takutkan Allah,  mereka sangat mengenali Allah.

Mukmin itu Muslim yang patuh kepada suruhan Allah, meninggalkan larangannya.

Mukmin itu Muslim yang memikirkan dosa dan pahala.

Mukmin itu segera meminta ampun daripada Allah s.w.t. bila tersalah dan tersilap.

Apabila kebaikan mengembirakan kamu, dan kejahatan mendukacitakan kamu, maka itulah tanda kamu seorang mukmin (Riwayat Ad-Dhiya melalui Abu Umamah)

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: