Tips Melembutkan Hati dan Mendapatkan Hajat Hati

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apakah engkau suka bila hatimu menjadi lunak (lembut) dan dapat mencapai apa yang diperlukan; kasihanilah anak yatim; usaplah kepalanya dan berilah dia makan dari makananmu, nescaya hatimu lunak (lembut) dan engkau dapat memperolehi apa yang kamu hajati (Riwayat Thabrani melalui Abu Darda). 

Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”

Lembut Hati

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah Taala mempunyai bekas yang berada pada penduduk bumi dan bekas tuhan kamu adalah hati hamba-hambanya yang soleh, dan diantara mereka yang paling disukainya adalah yang paling lemah-lembut hatinya” (Riwayat Thabrani) 

Anak Yatim

Anak yatim ialah anak yang kematian bapanya sebelum dia baligh. Anak yatim kehilangan tempat bergantung kerana kehilangan bapa yang mencari rezeki atau pendapatan untuk menyara hidup mereka. Berilah mereka makan dengan apa yang kita makan dan bukannya sisa atau lebihan makan.

Mengusap Kepala Anak Yatim

Dalam hadith disebut “sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikkan satu darjat.

Memberi makan kepada anak yatim

Memberi makan kepada anak yatim adalah diantara amal yang tinggi darjatnya disisi Allah Subhanahuwata’ala:Al-Balad [11] : Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakanamal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; [12] : Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? [13] : (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; [14] : Atau memberi makan pada hari kelaparan. [15] : Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: