Bagaimana Allah Menghidupkan Semula?

Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? Lalu dia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: Berapa lama engkau tinggal (di sini)? Dia menjawab: Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari. Allah berfirman: (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah) dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging. Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Baqarah:259). 

Luqman [28] (Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada) dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat

Manusia akan dihidupkan semula daripada tulang sulbi yang tidak hancur, ia umpama chip yang menyimpan data, umpama benih kelapa yang akan menjadi pokok kelapa jika ditanam semula. Betapa besarnya kekuasaan Allah, chip yang kecil mampu menjadi besar semula sepertimana mata yang kecil mampu menyimpan pelbagai imej yang besar. Allah s.w.t. akan menurunkan hujan air bagaikan mani lelaki pekatnya dan berwarna kekuningan seperti air benih perempuan untuk menghidupkan kembali manusia dan makhluknya.

Fatir [9]…..lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati). 

Setelah hujan selama sebulan siang dan malam, air masuk ke dalam bumi untuk memulihkan kembali manusia dengan air hujan yang masuk melalui “chip” iaitu tulang sulbi mereka (yang tidak dihancurkan).

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia mulai diciptakan dan darinya dia akan dibangkitkan“(Riwayat Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad in Musnad-nya, dan Malik in kitab al-Muwaththa)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: