Perkara Mengeraskan dan Mengotorkan Hati

1) Terlalu banyak makan. 2) Terlalu banyak bercakap (yang tidak perlu). 3) Marah 4) Sayangkan dunia (harta) 5) Sayangkan kedudukan (pangkat dan kekuasaan) 6) Sifat riak. 7) Sifat ujub. 8) Sifat takabur 9) Perasaan hasad (dengki) 10) Sifat bakhil (kedekut)

 

1) Terlalu banyak makan. 

Rasulullah saw bersabda, perkara yang aku takuti atas umatku adalah perut besar (banyak makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan (Riwayat Daruquthni melalui Jabir r.a). Baginda bimbang apabila umatnya terlalu kenyang kerana ia boleh menyebabkan mereka malas untuk berjihad.

2) Terlalu banyak bercakap (yang tidak perlu)

Rasulullah s.a.w. bersabda, “berkata-kata perkara baik lebih baik dari diam, diam itu lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak baik (Riwayat Baihaki dari Abi Zar)

3) Marah. 

Daripada Abi Ad-Darda ia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

4) Sayangkan dunia (harta). 

Al-Aadiyat [8] Dan sesungguhnya dia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba)

5) Sayangkan kedudukan (pangkat dan kekuasaan)

6) Sifat riak. Riak dalam beribadah adalah satu daripada syirik kecil kerana sesorang itu menyembah Allah tetapi melakukan ibadah itu tidak 100 peratus kerana Allah. 

7) Sifat ujub. Perasaan ujub ialah merasa kagum dengan kehebatan dan amalan sendiri 

8) Sifat takabur dan 9) Perasaan hasad (dengki) 

Jauhilah kamu daripada takabbur, kerana sesungguhnya sifat takabburlah yang mendorong Iblis tidak mahu bersujud kepada Nabi Adam. Janganlah kamu tamak haloba kerana tamak halobalah yang mendorong Adam untuk memakan buah yang terlarang. Dan janganlah kalian berhasad dengki kerana sesungguhnya kedua Anak Adam (Habil dan Qabil), seorang diantaranya membunuh yang lain kerana terdorong oleh rasa dengki. Sesungguhnya sifat-sifat yang telah disebutkan tadi merupakan pangkal setiap perbuatan dosa (Riwayat Ibnu As-Sakir melalui Ibnu Masud r.a.)

10) Sifat Bakhil

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sakhi (Murah hati) adalah pohon yang tumbuh di syurga, Oleh kerana itu tidak akan masuk syurga kecuali orang yang murah hati. Dan bakhil adalah pohon yang tumbuh di neraka. Oleh kerana itu, tidak akan masuk neraka kecuali orang bakhil.

Bersihkan Hati

Rasulullah s.a.w bersabda: “Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.”

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: