Kebun Amalan Yang Terbakar

Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, dia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang dia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar). (Baqarah:266)

Pengajaran:

1) Kebun yang subur, lalu terbakar sedangkan ia adalah punca kewangan di hari tua untuk menanggung keluarga umpama amalan yang diharapkan dapat membantu di akhirat nanti tetapi amalan itu habis terbakar kerana disebabkan sifat riak atau menunjuk-nunjuk. Jika amalan tidak ikhlas, maka amalan itu tiada nilainya.

2) Kita hendaklah bergantung harap kepada Allah SWT semata-mata kerana dia sahajalah yang dapat menjamin masa depan akhirat kita. 

 

Kekal Dalam Neraka Akibat Syirik

Ali-Imran [24] …. Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api Neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung. Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan. Baca baki entri ini »

Jangan Menentang Hukum Kitab Allah

Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Alih-alih satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu). (Ali-Imran:23) Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api Neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung. Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan. (Ali-Imran:24) Baca baki entri ini »

Contoh Bonus Pelaburan Akhirat Yang Ikhlas

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Baqarah:265) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Beli Syurga Dengan Harta

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.anhu berkata :” Sayyidina Uthman r.anhu membeli syurga daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak dua kali dengan jual beli yang hak (benar), (pertama) setelah Sayyidina Uthman r.a. menggali perigi rumah , dan (kedua) setelah menyiapkan bala tentera pada masa kesulitan.” (Riwayat Imam Al-Hakimrah. di dalam Al-Mustadrak). Baca baki entri ini »

Jalan Ke Syurga

Dalam suatu hadith sesudah Nabi s.a.w. menguburkan jenazah seorang sahabat Ansar di perkuburan Baqi` di al-Madinatul Munawwarah, lalu baginda mengambil ranting kayu dan membuat satu garisan lurus di atas tanah sambil berkata, “Ini jalan ALLAH.”…Kemudian Nabi s.a.w. buat beberapa garisan di kiri dan kanan daripada garisan lurus itu sambil Nabi kata lagi, “Janganlah kamu ikut jalan-jalan yang lain daripada Islam, nescaya berpecah-belah kamu daripada ugama ALLAH. Baca baki entri ini »

Takutnya Para Sahabat Kepada Allah

Perasaan takut Abu Bakar r.a kepada Allah sentiasa bertakhta dihatinya. Dia sering berkata : “Alangkah bagusnya jika aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api.” Kadang-kadang beliau berkata : “Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan.” Pada suatu hari beliau telah pergi ke sebuah taman di mana dia lihat seekor burung sedang berciap-ciap. Katanya: “Wahai burung ! Sungguh bertuah engkau. Kamu makan,minum dan berterbangan di bawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan. Aku ingin menjadi seperti engkau wahai burung.”