Ubat Pelembut & Penyuci Hati

Banyakkan berlapar, kurangkan tidur, banyakkan berzikir dan bertafakur iaitu memikirkan kebesaran Allah SWT melalui ciptaannya serta memikirkan masalah akhirat seperti kegelapan alam barzakh, kepanasan Padang Mahsyar dan seksaan neraka.

 

Banyakkan Berlapar 

Rasulullah saw. bersabda “Apabila seseorang itu kurang makan, penuhlah badannya dengan cahaya”. Allah swt akan melahirkan cahaya (nur) di dalam diri orang yang berpuasa dan memberinya kekuatan untuk mendampingi Allah.

Kurangkan Tidur. 

Antara kebiasaan ahli syurga ialah mengurangkan tidur untuk bertahajjud:

Sajadah [16] Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) sertadengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pulamendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Dari Ummah Al-Bahili dari Rasulullah s.a.w ; “hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam.  Sebab itu adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia menghampirkan kamu   dengan tuhan, menebus keburukan (kamu) dan mencegah dari melakukan dosa.” (Riwayat At-Tarmizi)

Banyakkan Zikir

Rasulullah s.a.w bersabda: “Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.”

Banyakkan Fikir Masalah Akhirat 

Fikirkan tentang kegelapan kubur di Alam Barzakh. Cubalah duduk dalam bilik air yang tertutup dan gelap tanpa menghidupkan lampu. Betapa susahnya untuk bernafas dalam situasi itu.

Fikirkan tentang kepanasan di Padang mahsyar. Ketika itu matahari berada seolah-olah sebatu (di atas kepala), panas yang tidak terperinya seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang dikeluarkan oleh Imam Muslim (sanad hadith tersebut sahih).

Banyakkan Fikir Kebesaran Allah

Fikirkan kehebatan Allah disebalik ciptaan sesuatu kejadian untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.

Az-Zariyat [21] Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Ar-Ruum [8] Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

Banyakkan Taubat dan Istigfar

Taubat itu membersihkan hati manusia daripada kotoran dosa dan titik hitam yang melekat di hati. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali” (Riwayat Muslim).

Salah satu cara bertaubat ialah dengan melafazkan istigfar seperti “Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi” (Aku mohon keampunan kepada Allah yang maha agung, tiada tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya, dan kepadaNyalah aku bertaubat )

Selain itu istigfarlah 3 kali sebelum tidur.

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: