Dialah Pencipta dan Penguasa Yang Sebenar

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar dan (Dialah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: “Jadilah”, lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. Dia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata dan Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Al-Anaam:73)

Kehendak Allah Untuk Mencipta dan Kun-FayaQun

Allah SWT mencipta langit dan bumi untuk menerangkan kebenaran Islam. Allah SWT tidak perlu berbohong kerana dia berkuasa penuh ke atas segalanya….Allah mencipta dan menjadikan apa yang dikehendaki, itulah sifat iradah Allah. Dia mempunyai kehendaknya sendiri dan berpendirian. Allah mencipta alam ini dengan kehendaknya dan ikhtiarnya sendiri. Dalam al-quran disebut, Fa”aalun lima Yurid ..

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. (Baqarah:117).

Cipta Makhluk Tanpa Perlu Pada Contoh

Arkitek perlu membuat pelan sesuatu bangunan sebelum ianya dibina. Allah swt mencipta langit dan bumi, semua makhluk tanpa perlu kepada contoh, acuan dan tanpa perlu membuat ‘draft’ atau ‘drawings” terlebih dahulu, ia terus menjadi. Allah swt menjadikan langit, bumi dan manusia pertama iaitu Nabi Adam tanpa perlu kepada sebarang contoh. Kemudian Allah mencipta kembarnya Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam. 

Rasulullah SAW bersabda ““Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah kepada wanita (dengan kebaikan).” (Riwayat Syaikhain melalui Abu Hurairah

Fikir Kebesaran Allah Disebalik Penciptaan Manusia

Hanya Allah SWT yang mampu  mencipta tulang daripada daging yang keras. Proses ini juga diceritakan dalam Al-Quran:

Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. (Al-Mukminun:13) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Al-Mukminun::14)

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu mencipta manusia dalam 3 kegelapan iaitu kegelapan dalam perut, dalam rahim dan tembuni bayi:

Az-Zumar [6] Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa) dan Dia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak lapan ekor: (Empat) pasangan (jantan dan betina). Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?

Mengetahui Segala Perbuatan Makhluk Yang Diciptanya

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Qaf:16), 

Cipta Bumi Daripada Air

Bumi pada asalnya tiada, dunia pada mulanya dipenuhi dengan air. Kemudian Allah membekukan air melalui angin yang bertiup di atas air dan terciptalah tanah diatas buih air. “Maha Suci Allah yang membekukan bumi di atas air”.  

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: