Sedekah Ikhlas Memberi Ketenangan Dunia dan Akhirat

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Baqarah:262)

 

Sedekah yang ikhlas tanpa mengungkit-ungkit pemberian itu akan membantu menghilangkan kebimbangan dan ketakutan semasa berada di Padang Mahsyar nanti.

Selain itu ia juga tidaklah mengurangkan harta bahkan menambahkan lagi harta pemberinya.

Sesungguhnya tidaklah dengan sedekah itu mengurangkan harta sebagaimana sabda baginda “Tidaklah berkurang harta itu dengan sedekah” (Hadith riwayat Tirmidzi).

Janganlah mengungkit pemberian kepada peminta sedekahmisalnya dengan mengatakan “kamu lagi” atau “kamu ni masih muda, boleh bekerja” kerana ia boleh menguris hati mereka.

Keluhan orang miskin sangat berkesan di sisi Allah kerana Allah yang menjadikan mereka miskin. Hidup ini bagaikan putaran roda, Allah berkuasa menukarkan orang yang miskin menjadi kaya dan orang yang kaya menjadi miskin. Berhati-hatilah dengan keluhan orang miskin kerana ianya sangat mendapat tempat dan perhatian Allah.

Dalam sebuah kisah diceritakan terdapat sepasang suami-isteri yang kaya, isterinya pula suka memberi makan kepada peminta sedekah yang datang ke rumah mereka. Si suami yang kaya pula tidak suka dengan kedatangan peminta sedekah. Pada suatu hari, ketika mereka sepasang suami isteri sedang makan, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

”Tolonglah encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.”Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ”Aku telah membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku” 

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Akhirnya Allah menukarkan lelaki yang kaya itu menjadi miskin dan peminta sedekah itu menjadi seorang yang kaya. Setahun kemudian, jandanya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ”Demi Allah, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu.


Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: