3 Perkara Yang Membatalkan Pahala Sedekah

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Baqarah:264)

1) Mengungkit-Ungkit dan Menyakitkan Hati Peminta Sedekah

Dalam ayat sebelumnya diterangkan:

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. (Baqarah:263)

2) Riak iaitu Menunjuk-nunjuk Dalam Memberi Sedekah.

Riak atau menunjuk-nunjukkan amalan kebajikan, atau ketaatan seseorang Islam di dalam agamanya. Jika amalan (ibadah) yang dikerjakan itu, terlibat  dengan cara sengaja ingin menunjukkan amalan yang baik yang telah dilakukan olehnya itu kepada selain dari Allah s.w.t. untuk mendapat pujian dari mereka, atau untuk dihormati akan dirinya, dan lain-lain, maka ia adalah riak yang diharamkan.

3) Kafir. 

Beriman kepada Allah dan Rasulnya adalah yang amalan paling utama. Setiap amalan hendaklah dilakukan kerana Allah. Tanpa iman, amalan tidak bernilai dan amalan yang dilakukan oleh golongan kafir adalah umpama debu yang berterbangan.

Furqan [23] Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: