Hamba Yang Baik, Kaya, Muslim dan Mukmin

Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah dirimu daripada perkara yang diharamkan, kamu akan menjadi hamba yang baik, dan redhalah dengan apa yang telah diberikan Allah kepadamu, kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Berbuat baiklah kepada jiran, kamu akan menjadi seorang Mukmin. Sukailah orang lain seperti kamu menyukai dirimu, kamu menjadi seorang Muslim. Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu dapat mematikan hati (Riwayat Ahmad melalui Abu Hurairah r.a.)

Dalam hadith yang lain Rasulullah saw bersabda, Tunaikanlah apa yang telah difardhukan Allah ke atas dirimu nescaya kamu menjadi orang yang paling beribadah. Dan jauhilah apa yang diharamkan Allah, nescaya kamu menjadi orang yang paling wara`. Dan redhalah terhadap apa yang diberikan untukmu, nescaya kamu menjadi orang yang paling kaya (Riwayat Addi melalui Ibnu Masud r.a.)

Orang Yang Kaya

Orang yang kaya sebenarnya ialah orang yang kaya jiwanya iaitu tidak bakhil atau kedekut. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.” Rasulullah Sallallaahu Alayhi Wa sallam. bersabda yang bermaksud: “Apabila Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang hamba, maka dia menjadikannya kaya jiwa dan dalam hatinya ada takwa. … (Riwayat Hakim melalui Abu Hurairah)

Jangan Banyak Ketawa. 

Ibnu Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul. Rasulullah tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar. “Tawa Rasulullah SAW, hanyalah senyuman”(Riwayat Tirmidzi).Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW menyebut “Aku hairan orang yang tertawa dengan mulut yang terbuka penuh sementara ia tidak tahu apakah tuhan menyukai perbuatannya itu atau tidak“.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis.” (Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah SAW mengetahui kerana Baginda telah melihat dengan matanya sendiri keadaan Syurga dan Neraka semasa Mikraj.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: