Jalan Ke Syurga

Dalam suatu hadith sesudah Nabi s.a.w. menguburkan jenazah seorang sahabat Ansar di perkuburan Baqi` di al-Madinatul Munawwarah, lalu baginda mengambil ranting kayu dan membuat satu garisan lurus di atas tanah sambil berkata, “Ini jalan ALLAH.”…Kemudian Nabi s.a.w. buat beberapa garisan di kiri dan kanan daripada garisan lurus itu sambil Nabi kata lagi, “Janganlah kamu ikut jalan-jalan yang lain daripada Islam, nescaya berpecah-belah kamu daripada ugama ALLAH.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda … dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua (72) puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga (73) puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja”. Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.” (Riwayat Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang-bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut nescaya kamu dapat petunjuk“. Para sahabat Nabi, keluarga baginda dan para tabiin yang telah meninggalkan kita. “radhiya lahu anhum wa radhu anhu“…Allah telah reda (suka) dengan mereka:

At-Taubah [100] Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar

Ikutlah jalan para sahabat dan para tabiin dan juga imam-imam 4 mazhab kerana mereka berada sekitar 3 zaman umat terbaik (zaman tabiin) seperti disebutkan dalam beberapa hadith …

Sebaik umatku ialah yang berada di zaman aku dibangkitkan padanya, kemudian mereka yang berada pada zaman yang mengiringinya,kemudian mereka yang berada pada zaman yang mengiringinya (dan seterusnya hadith tersebut) Riwayat Muslim,Abu Hurairah r.a. Jame’ Saghir 1/624

Sebaik manusia ialah mereka yang berada pada masa atau sezaman denganku kemudian mereka yang mengiringi mereka (dan seterusnya hadith tersebut) Muslim ,Aishah r.a. Jame’ Saghir 1/622

Sebaik manusia ialah mereka yang berada semasa denganku, kemudian mereka yang berada padazaman ketiga.kemudian datang mereka selepas itu tiada kebaikan padanya (dan seterusnya hadith tersebut) Riwayat Muslim ,Aishah r.a. Jame’ Saghir 1/622

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: