Contoh Bonus Pelaburan Akhirat Yang Ikhlas

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Baqarah:265)

Dalam ayat ini Allah SWT membuat satu perbandingan tentang orang yang membelanjakan hartanya secara ikhlas, semata-mata untuk mendapat reda Allah dan menguatkan iman mereka. Pelaburan mereka itu umpama sebuah kebun yang terletak di tanah tinggi. Pulangan atau hasil dari kebun mereka itu bergantung kepada hujan yang turun. Sekiranya hujan lebat mereka mendapat dua kali ganda hasilnya seperti buah-buahan atau sayuran. Sebaliknya hujan renyai-renyai pun sudah memadai untuk mengeluarkan hasil kebun mereka yang terletak di tanah yang tinggi. 

Perkara ini juga dapat dilihat secara praktikal misalnya penanaman di kawasan tanah tinggi adalah lebih subur, hujan yang sedikitpun memadai apalagi hujan yang lebat. Begitulah hasil pelaburan akhirat yang dilakukan daripada harta yang suci, niat yang ikhlas tanpa ada rasa riak atau menunjuk-nunjuk. Selain itu mereka juga membelanjakan harta dengan tujuan meningkatkan suhu iman mereka.

Allah SWT melihat pelaburan yang cukup syaratnya ini samada is banyak ataupun sedikit.

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Contoh Bonus Pelaburan Akhirat Yang Ikhlas”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: