Beramal Mengikut Kemampuan dan Konsisten

Lakukan sesuatu amalan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan bosan (untuk memberi pahala), sehingga kamu sendiri yang bosan (melakukannya) (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Aisyah r.a.). Baca baki entri ini »

Panduan Dalam Melakukan Sesuatu

Fikirkanlah dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara, apabila engkau melihat akibatnya baik, maka teruskanlah, dan apabila engkau melihat sebaliknya, maka tahanlah dirimu (dari meneruskannya). (Riwayat Abdur Razzaq melalui Anas r.a.) 

Allah menciptakan bumi ini sebagai “testing ground” untuk kita, untuk kita mengetahui apa yang kita telah lakukan semasa hidup di dunia.

Al-Mulk [2] Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;….

Fikir dahulu kesan sesuatu amalan atau perbuatan. Misalnya jika kita melihat penciptaan bom itu baik untuk mempertahankan negara, maka teruskanlah. Tetapi jika ia membawa kepada pembunuhan secara kejam, maka janganlah diteruskan perbuatan itu.

Bezakan Cara Hidup Kita Daripada Musyrik

Dari Ibn Umar (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda; “Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan nipiskan misai kamu.” (HR Bukhari & Muslim).  Baca baki entri ini »

Beratkanlah Timbangan Puasa Tahun Ini.

Berpuasalah seperti yang Allah mahu kerana mutu dan kualiti puasa akan diperiksa dan ditimbang di akhirat nanti. Berpuasalah untuk melemahkan nafsu buruk bagi mendampingi Allah. Berpuasalah untuk mendapat kasihan belas dan keampunan Allah SWT dan janganlah disia-siakan pahala puasa. Berpuasalah untuk mendapat syurga Allah, bahkan tuan syurga itu sendiri. Baca baki entri ini »

Berilah Peringatan

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). (Al-A’la:9) Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu. (Al-A’la:10). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Ramadhan

Bulan yang hebat dan sangat terkenal. Bulan diturunkan al-quran. Bulan pahala dilipatgandakan. Bulan pengampunan dan penyucian dosa. Bulan membakar dan mengawal nafsu. Bulan melatih diri menjaga mata telinga mulut kaki tangan. Bulan melatih takwa. Bulan solat rehat-rehat (tarawih) di waktu malam. Bulan yang mengandungi satu malam istimewa yg bersamaan 83 tahun, yang menaikkan darjat manusia.

Allah Mengetahui Sedekah dan Nazar yang Disempurnakan

Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya. (Baqarah:270) Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Baqarah:271) Baca baki entri ini »