Allah Mengetahui Sedekah dan Nazar yang Disempurnakan

Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya. (Baqarah:270) Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Baqarah:271)

Setiap harta yang dinafkahkan atau digunakan untuk membayar nazar diketahui Allah SWT.

Nafkah untuk keluarga sendiri pun diberikan pahala, samada banyak atau sedikit. Begitu juga yang diberikan kepada orang lain. Syaratnya duit yang diberikan itu adalah daripada hasil atau sumber yang halal dan niat yang ikhlas (samada sedekah wajib iaitu zakat atau sedekah sunat seperti derma). Nafkah yang diberikan daripada duit yang haram tidak diberikan pahala.

Jika tidak mahu bersedekah, janganlah mencela atau menyakitkan hati orang yang meminta.

Nazar pula wajib sempurnakan kerana seseorang itu telah mewajibkan sesuatu yang pada asalanya tidaklah wajib ke atas dirinya.

Sedekah yang wajib iaitu zakat afdhal dilakukan secara terang-terangan sebagai motivasi kepada orang lain supaya turut serta.

Sedekah yang sunat pula afdhal dilakukan secara senyap-senyap (sembunyi).

Dari Jabir r.a. katanya:

“Rasulullah saw berkhutbah kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Salah satu diantara 7 manusia yang dilindungi panas di hari Kiamat ialah “Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya” Sedekah juga menyejukkan Alam Barzah yang panas.

Allah SWT akan mengampunkan dosa pemberi sedekah itu (dosa dengan Allah SWT).

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: