Berilah Peringatan

Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). (Al-A’la:9) Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu. (Al-A’la:10).

Manusia pula dijadikan dari tanah. Hakikat tanah ialah sifatnya gelap iaitu jahil. Tanah juga adalah sejuk yang merupakan hakikat mati dan malas. Kerana itu manusia sifatnya jahil dan perlu diberi peringatan dan belajar untuk menghilangkan kejahilannya

Ar-Rahman [14] Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar.

Al-Ahzab [72](Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan (jahil)

Manusia dijadikan daripada tanah sebagai khalifah (pemimpin) di bumi ini. Manusia juga makan dan minum serta mempunyai nafsu berbanding malaikat yang tidak bernafsu. Dalam diri manusia ada 2 lubang halus, satu didiami oleh malaikat dan satu lagi didiami oleh syaitan (qarin). Jika malaikat dapat menawan kerajaan hati manusia itu, maka baiklah dia. Tetapi sebaliknya jika syaitan berjaya menakluki kerajaan hati manusia itu, maka dia akan melakukan kejahatan.

Syaitan memainkan peranan menjadikan manusia lupa. Oleh itu,  berzikirlah untuk mengingati Allah,  ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa. 

Mujaadilah [19] Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah.

 

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Berilah Peringatan”

  1. Hayani Mhd Nor Says:

    Assalamualaikum. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info supplement keluaran Shaklee


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: