Beratkanlah Timbangan Puasa Tahun Ini.

Berpuasalah seperti yang Allah mahu kerana mutu dan kualiti puasa akan diperiksa dan ditimbang di akhirat nanti. Berpuasalah untuk melemahkan nafsu buruk bagi mendampingi Allah. Berpuasalah untuk mendapat kasihan belas dan keampunan Allah SWT dan janganlah disia-siakan pahala puasa. Berpuasalah untuk mendapat syurga Allah, bahkan tuan syurga itu sendiri.

Bahkan syaitan dirantai bagi membantu kita melawan nafsu di bulan Ramadhan. Bulan Ramadan adalah bulan untuk melemahkan nafsu buruk yang aktif, bahkan ditukar waktu makan, minum dan seks yang lazimnya halal di luar bulan Ramadhan. Putuskan keinginan nafsu di siang hari. Jangan aktifkan ia dengan menjaga mata, telinga dan mulut daripada melakukan perkara yang dilarang. Sia-sia puasalah jika tidak menahan nafsu dari pantang larang dan disiplin ramadhan.

Kawallah nafsu dan jagalah aktiviti anggota agar diampunkan dosa pada pagi 1 Syawal. Untuk itu jugalah kita solat hari raya pada pagi itu. Selepas itu disambung pula puasa 6 hari di bulan syawal yang kelebihannya menyamai 1 tahun puasa. Dalam mazhab Syafie Puasa 6 Syawal afdhal dilakukan secara berturut-turut. Manakala dalam mazhab Hanafi pula, afdhal puasa 6 Syawal dilakukan secara selang sehari. Selain itu bayarlah zakat fitrah untuk menampung kekurangan ibadat puasa kerana tanpa zakat fitrah amalan puasa tergantung di langit.
                              
Puasa adalah satu ibadat yg susah kerana tempohnya lama. Haji 5 hari saja. Solat cuma beberapa minit sahaja. Oleh itu berazamlah untuk meningkatkan mutu puasa tahun ini demi untuk tingkatkan ketakwaan..

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: