Beramal Mengikut Kemampuan dan Konsisten

Lakukan sesuatu amalan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan bosan (untuk memberi pahala), sehingga kamu sendiri yang bosan (melakukannya) (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Aisyah r.a.).

Allah SWT tidak meletakkan sesuatu perintah ibadat yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. Puasa sebulan di bulan Ramadan dan sembahyang 5 waktu sehari semalam adalah ibadat yang boleh dipraktikkan oleh semua golongan mengikut kemampuan masing-masing. Bagi yang uzur dan tidak mampu sembahyang secara berdiri, dia boleh sembahyang secara duduk atau tidur (berbaring).

Baqarah [286] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Istiqamah atau konsisten bermakna berterusan, tetap (sentiasa) beramal di atas sesuatu amalan yang baik mengikut pandangan Islam. Amalan yang berterusan walaupun sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah SWT. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)

Sebagai contoh, konsistenlah dalam melakukan solat sunat Rawatib (sunat mengiringi Fardu) samada 10 atau 12 rakaat bagi menampung kekurangan solat Fardhu kita dan konsistenlah dalam melakukan sunat-sunat yang lain iaitu tahajjud, dhuha, isyra‘, awwabin dan solat witir.

Advertisements

2 Respons to “Beramal Mengikut Kemampuan dan Konsisten”

  1. waris ris Says:

    saya nak berguru. Boleh bagi cadangan tak?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: