Bezakan Cara Hidup Kita Daripada Musyrik

Dari Ibn Umar (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda; “Janganlah kamu menyerupai orang-orang musyrikin, peliharalah janggut kamu dan nipiskan misai kamu.” (HR Bukhari & Muslim). 

Bezakan amalan, cara hidup, duduk bangun, pakaian, makan minum dan pergaulan kita agar tidak menyamai golongan kafir samada yahudi atau nasrani. Misalnya jika sesuatu majlis kafir dihidangkan minuman keras dan terdapat pergaulan bebas, maka bezakanlah dengan tidak menghidangkannya dan membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Nabi s.a.w. memotong misai sahabat yang melebihi bibir mulut. Haram menyimpan misai menutupi bibir mulut kerana ia boleh mengotorkan makanan, minuman dan menyerupai sami Hindu. Apapun Nabi Muhammad s.a.w tidak suka pada misai kerana misai itu lambang kesombongan. Bezakanlah dari golongan Majusi yang memanjangkan misai dan memotong janggut

Telah berkata Rukaanah , aku telah mendengar Rasulullah saw berkata : Sesungguhnya perbezaan antara kita dengan Musyrikin ialah memakai serban di atas qalaanis ( jama’ qalanswah ) iaitu seumpama kopiah (Riwayat Imam Tirmizi)

Pengecualian Dalam Mencari Ilmu

Dalam bab hikmah atau ilmu seperti teknologi, IT, kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya kita dibenarkan mengambil ilmu itu walaupun daripada golongan musyrikin. Setiap ilmu dan kepandaian di dalam apa juga bidang… samada perubatan, astronomi, pentadbiran, pembangunan, perindustrian, pertanian dan lain-lain, maka muslim (orang Islam) adalah orang yang lebih berhak memilikinya.

Rasulullah saw telah bersabda: Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi). Ambillah hikmah, ia tidak membahayakan dirimu dari mana sahaja ia dikeluarkan (berasal) (Riwayat Hakim)

Al-Hikmah adalah merujuk kepada sesuatu yang membawa kebaikan dan manfaat kepada kehidupan manusia termasuklah apa jua bidang ilmu yang membawa kesejahteraan hidup manusia.

Kutiplah dan ambillah ilmu di mana sahaja ia berada kerana ia adalah milik orang Islam, walaupun di luar negara. Orang Islam suatu masa dahulu telah belajar dan memiliki ilmu dalam pelbagai bidang sehingga golongan bukan Islam terpaksa merujuk kepada mereka. Misalnya tokoh-tokoh perubatan Islam sering juga dirujuk dalam bidang kedoktoran.

Dalam hadith yang lain disebut, ajarlah anak kamu menulis. Ajarlah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu. Anak adalah milik zamannya, maka didiklah anak sesuai zamannya!”. Zaman yang dimaksudkan ini adalah zaman perlumbaan ilmu.

“Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.”

Orang Islam lemah kerana mereka tidak mempunyai ilmu, kepakaran dan tidak bercita-cita tinggi. Rasulullah saw juga bimbang umatnya lemah keyakinan. Umat Islam hendaklah berkeyakinan dan bercita-cita tinggi. Dalam hadith disebut “Tinggi cita-cita itu cetusan iman. Panjang cita-cita tidak mengapa misalnya bercita-cita ingin membina kapalterbang agar dapat memajukan umat Islam, yang dilarang ialah panjang angan-angan yang tidak kesudahan.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: