Malam Kenaikan Pangkat

Lailatul Qadar adalah merupakan satu malam misteri yang dihadiahkan Allah kepada kita, umat Nabi Muhammad s.a.w. Lailatul Qadar adalah makhluk Allah. Ia adalah satu malam yang dirahsiakan dan paling tinggi kedudukannya dalam Islam. Malam ini diturunkan atau dijadikan Allah untuk meningkatkan kedudukan atau pangkat manusia kerana siapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat atau memikirkan kebesaran Allah, dia mendapat bonus pahala seperti beribadat selama 1000 bulan atau 84 tahun. Baca baki entri ini »

Nuzul Quran

Al-Quran adalah satu rahmat Allah yang sangat besar.  Daripada 12 bulan, hanya 1 bulan iaitu bulan Ramadhan yang dipilih untuk diturunkan Al-Quran dari Loh Mahfuz ke Langit dunia (Baitul Izzah) pada malam Lailatul Qadr . Sudah tentu besarnya rahmat Allah SWT di dalam bulan ini. Melihatnya pun sudah diberikan pahala, apalagi membacanya, memahaminya dan mengamalkannya. Segala perintah, larangan dan cara untuk menyembah Allah dijelaskan di dalam quran. Ia juga adalah satu-satunya kitab yang menceritakan segalanya tentang agama, sains, politik, ekonomi dan ia juga mengandungi petunjuk. Al-Quran diturunkan sebagai peringatan kepada mereka yang takutkan Allah. Nabi Muhammad s.a.w. pula ditugaskan untuk memberi amaran kepada orang Islam yang terdidik yang takutkan Allah s.w.t: Baca baki entri ini »

Kelebihan Menaja Buka Puasa

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun. Daripada Salaman r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“. Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya pahala yang diperolehi oleh orang yang memberi makan serta bersyukur sama pahalanya dengan pahala yang diperolehi oleh orang yang berpuasa serta bersabar” (Riwayat Hakim melalui Abu Hurairah r.a) Baca baki entri ini »

Hamba Di Dunia, Tetamu Di Syurga

Jadikan diri kita sebagai hamba Allah di dunia ini agar kita dapat menjadi tetamu Allah di syurga nanti. Jadilah hamba Allah yang patuh kepada perintah dan larangannya. Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah dirimu daripada perkara yang diharamkan, kamu akan menjadi hamba yang baik (Riwayat Ahmad melalui Abu Hurairah r.a.). Jadilah hamba Allah bukan hamba nafsu kerana nafsu adalah tarikan ke neraka dan penghalang ke syurga. Allah SWT menyediakan para tetamunya di syurga pelbagai keseronokan yang mempersonakan. Bunyi-bunyian muzik yang mengasyikkan. Makanan yang lazat, minuman yang tidak dicemari toksik, , udara yang nyaman, cuacanya tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, pemandangan yang menyihatkan mata, pakaian yang berkualiti,bahkan tidak perlu membuang air hanya keluar peluh yang berbau wangi. Di sana juga terdapat mahligai (istana) yang diperbuat daripada kaca, emas, perak. Semuanya tidak dapat difikirkan oleh akal, tidak pernah dilihat oleh mata, tidak terlintas di hati sanubari.. Baca baki entri ini »

Takwa itu Kemuncak Ketaatan

Matlamat puasa adalah untuk mencapai takwa. Manakala, “Takwa (takut) itu kepala (ibu) ketaatan”. Hanya dengan takwa (takut) kepada Allah sahajalah, seseorang itu dapat melakukan segala ibadah. Semakin bertakwa, semakin rajinlah seseorang itu beribadah. Kadangkala kita terlepas dan terlonggar rasa takut itu sehingga terlanjur melakukan dosa. Takutlah kepada Allah sehingga kita tidak mampu untuk melakukan dosa. Jadikan diri kita sebagai hamba Allah di dunia ini agar kita dapat menjadi tetamu Allah di syurga nanti. Bila kita takut pada Allah, kita akan buat baik dan patuh (suruhan dan larangannya). Baca baki entri ini »

Ramadan Bulan Diskaun Dosa

Ramadan adalah bulan keampunan dan Allah s.w.t. menunjukkan sifat pengampunnya melalui beberapa tawaran pengampunan dosa kepada mereka yang berpuasa dengan ikhlas dan penuh keimanan, mendirikan sembahyang malam (tarawih), mengenyangkan orang yang berbuka puasa, menghidupkan malam Lailatul Qadar dan bertadarrus. Untuk mendapatkan pengampunan dosa, pastikan nafsu dikawal dan semua dispilin Ramadan dijaga. Minimun dosa yang diampunkan pula adalah “dosa telah lalu” iaitu mulai 1 Syawal hingga 30 Syaaban sebelumnya. Namun ini hanyalah dosa terhadap Allah SWT, dosa sesama manusia perlulah diselesaikan sesama sendiri. Baca baki entri ini »

Bulan Latihan Mengawal Nafsu

Ramadan melatih kita menahan mata daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, menahan mulut daripada mengumpat, mencaci-maki, memfitnah dan bercakap perkara yang sia-sia, menahan telinga daripada mendengar perkara yang sia-sia, umpatan, muzik, lawak jenaka, menahan kaki daripada menuju tempat maksiat atau tempat yang menimbulkan fitnah, dan menahan tangan daripada menyakiti orang lain atau melakukan perbuatan yang keji. Teruskanlah perjuangan ini di luar Ramadan samada melalui puasa sunat atau berlapar bagi melemahkan nafsu buruk. Baca baki entri ini »

Bulan Kasih Sayang Allah

Bulan Ramadan adalah bulan kerahmatan, bulan Allah menunjukkan sifat pengasihnya sehingga dihentikan seksa kubur ke atas umat Islam dan ditutup pintu-pintu neraka dalam bulan ini. Dibuka 8 pintu syurga yang jaraknya 60 batu antara satu sama lain. Ditutup neraka Jahannam yang lebarnya 40 tahun perjalanan dan dalamnya 70 tahun perjalanan untuk sampai ke dasarnya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim) Baca baki entri ini »

Mereka Juga Bersujud Kepada Allah SWT

Para malaikat tidak merasai terhina bersujud kepada Allah swt. Semua makhluk di langit dan di bumi juga bersujud kepada Allah swt, samada secara sukarela atau paksa. Para ahli kitab yang baik sebelum (Nabi Muhammad saw) juga bersujud kepada Allah swt. Ini dijelaskan dalam beberapa firman Allah SWT. Baca baki entri ini »

Cas Bateri Takwa Di Bulan Ramadan

Matlamat puasa Ramadan adalah untuk meningkatkan bateri ketakwaan. Takwa itu letaknya di hati dan ia perlu dididik melalui disiplin Ramadan dengan menjaga pancaindera mata, telinga, mulut, tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang. Selain itu, antara sunnah dan aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah menghidupkan atau mendirikan malam dengan melakukan solat terawih, witir dan tahajjud, iktikaf pada 10 akhir Ramadhan (lelaki di masjid, perempuan di rumah), memperbanyakkan bersedekah, memberi makan atau menjamu orang berbuka puasa, bertadarrus dan membaca Quran. Baca baki entri ini »

Latihan Berjemaah dan Iktikaf Di Masjid Dalam Ramadan

Masjid atau surau yang dilakukan solah berjemaah 5 waktu adalah rumah-rumah Allah di bumi ini. Allah akan memuliakan mereka yang mengunjunginya. Maksimakanlah gandaan pahala di bulan Ramadan ini dengan solat berjemaah di masjid dan teruskanlah ia di luar bulan Ramadan. Amalkanlah adab dan sunnah-sunnah ketika masuk masjid. Berulang-alik ke masjid pula adalah tanda keimanan bagi lelaki dan dinaungi dari kepanasan Padang Mahsyar. Solah berjemaah di masjid bagi lelaki adalah sunnatul huda (sunnah yang mendatangkan petunjuk). Niatlah iktikaf (berhenti) di dalam masjid bagi mendapat pahala iktikaf dan iktikaflah  pada 10 akhir Ramadan. Baca baki entri ini »

Transformasi Diri Bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat sesuai untuk melakukan perubahan seperti dijelaskan dalam sebuah hadith.Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; ……” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i) Baca baki entri ini »

Banyakkan Sujud Dalam Ramadhan

Dalam Ramadan kita berpeluang mengerjakan Solat Tarawih 20 rakaat yang di dalamnya terdapat 80 kali sujud. Jika dicampur dengan solat-solat yang lain, maka jumlahnya melebihi 100 kali sujud. Dalam Ramadan meter pahala berpusing selaju 70 kali ganda. Maka 100 kali sujud dalam Ramadan bersamaan 700 sujud diluar Ramadan. Di bulan ini juga syaitan yang enggan bersujud itu dirantai bagi membantu kita agar banyak bersujud. Oleh itu maksimakanlah bersujud di dalam Ramadan sebagai satu latihan untuk terus bersujud di luar Ramadan. Baca baki entri ini »