Banyakkan Sujud Dalam Ramadhan

Dalam Ramadan kita berpeluang mengerjakan Solat Tarawih 20 rakaat yang di dalamnya terdapat 80 kali sujud. Jika dicampur dengan solat-solat yang lain, maka jumlahnya melebihi 100 kali sujud. Dalam Ramadan meter pahala berpusing selaju 70 kali ganda. Maka 100 kali sujud dalam Ramadan bersamaan 700 sujud diluar Ramadan. Di bulan ini juga syaitan yang enggan bersujud itu dirantai bagi membantu kita agar banyak bersujud. Oleh itu maksimakanlah bersujud di dalam Ramadan sebagai satu latihan untuk terus bersujud di luar Ramadan.

Dalam sebuah hadith disebut tentang memperbanyakkan sujud iaitu sembahyang, dengan melakukan sembahyang-sembahyang sunat selain yang fardhu. 

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi’ah, mintalah kepadaku”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah biar aku fikirkan sebentar. Lalu aku mengingat-ingat dunia serta kefanaannya sehingga aku berkata: “Aku tidak akan meminta kecuali akhirat. Kemudian aku mendatangi Baginda SAW dan berkata: “Aku meminta supaya aku boleh menemanimu di syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi’ah adakah yang selain dari itu? Aku menjawab: Itu saja. Maka Rasulullah SAW bersabda lagi: Berjanjilah untuk kamu mengendalikan hawa nafsumu dan banyakkan sujud (nescaya kamu akan menemaniku di syurga).” (Muslim)

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Waktu paling hampir antara hamba dan Tuhannya ialah ketika dia bersujud”. 

Rasullullah s.a.w. bersabda “Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud, nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:”Ah…Celakalah aku, anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka dia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka”(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah). 

Iblis (Azazil) enggan sujud ke tanah kerana ia dijadikan daripada api, sedangkan manusia dijadikan daripada tanah. Iblis pernah meminta ampun atas kesalahannya enggan sujud dan Allah sanggup mengampunkannya dengan syarat ia sujud pada kubur Nabi Adam a.s. Namun Iblis dengan sombong menjawab “Masa dia hidup pun aku tidak sujud padanya, inikan pula setelah dia mati”.

Al-Hijr [32] Allah berfirman: Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?.[33] Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya

 

 

 

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: