Transformasi Diri Bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat sesuai untuk melakukan perubahan seperti dijelaskan dalam sebuah hadith.Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; ……” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

Syaitan Dirantai Untuk Membantu Proses Transformasi

Dalam bulan ini juga syaitan dirantai bagi memudahkan agenda transformasi dan melatih hati agar lebih bertakwa. Syaitan sebenarnya hanyalah mengambil peluang di atas nafsu yang tercetus seperti kucing yang menunggu tikus keluar dari lubangnya.Syaitan hanyalah faktor luaran dan tambahan sahaja. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban).

Transformasi Melemahkan Nafsu Buruk

Sebagai contoh, jika seseorang ingin berhenti merokok, maka mulakanlah pada bulan ini. Pada bulan Ramadan, Allah telah mengubah jadual makan kita dan menukar waktu kebiasaan kita makan. Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk. Nafsu terhasil dari darah, dan darah terhasil dari makanan yang dimakan. Nafsu subur apabila makanan masuk kedalam badan.  Makanan yang dimakan menghasilkan darah, air mani dan juga susu.  Puasa dapat mengurangkan nafsu (yang jahat) kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. 

Sabda Rasulullah s.a.w. setelah pulang dari perang Badar .”Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang lebih besar? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jihad menentang hawa nafsu”.Pada bulan Ramadan, syaitan dibelenggu bagi memudahkan manusia berperang melawan hawa nafsu mereka. 

 

  

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: