Takwa itu Kemuncak Ketaatan

Matlamat puasa adalah untuk mencapai takwa. Manakala, “Takwa (takut) itu kepala (ibu) ketaatan”. Hanya dengan takwa (takut) kepada Allah sahajalah, seseorang itu dapat melakukan segala ibadah. Semakin bertakwa, semakin rajinlah seseorang itu beribadah. Kadangkala kita terlepas dan terlonggar rasa takut itu sehingga terlanjur melakukan dosa. Takutlah kepada Allah sehingga kita tidak mampu untuk melakukan dosa. Jadikan diri kita sebagai hamba Allah di dunia ini agar kita dapat menjadi tetamu Allah di syurga nanti. Bila kita takut pada Allah, kita akan buat baik dan patuh (suruhan dan larangannya).
Takut pada Allah diberi dua syurga:

Ar-Rahman [46] Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga.

Jadikan diri kita hak Allah dan bersengketalah dengan nafsu buruk agar kita dapat menjadi tetamu Allah di syurga nanti. Untuk melatih hati agar takutkan Allah, fikirkan tentang kegelapan dan seksa kubur di Alam Barzakh. Cubalah duduk dalam bilik air yang tertutup dan gelap tanpa menghidupkan lampu. Betapa susahnya untuk bernafas dalam situasi itu. Selain itu fikirkanlah juga tentang kepanasan di Padang mahsyar. Ketika itu matahari berada seolah-olah sebatu (di atas kepala), panas yang tidak terperinya.

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: