Hamba Di Dunia, Tetamu Di Syurga

Jadikan diri kita sebagai hamba Allah di dunia ini agar kita dapat menjadi tetamu Allah di syurga nanti. Jadilah hamba Allah yang patuh kepada perintah dan larangannya. Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah dirimu daripada perkara yang diharamkan, kamu akan menjadi hamba yang baik (Riwayat Ahmad melalui Abu Hurairah r.a.). Jadilah hamba Allah bukan hamba nafsu kerana nafsu adalah tarikan ke neraka dan penghalang ke syurga. Allah SWT menyediakan para tetamunya di syurga pelbagai keseronokan yang mempersonakan. Bunyi-bunyian muzik yang mengasyikkan. Makanan yang lazat, minuman yang tidak dicemari toksik, , udara yang nyaman, cuacanya tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, pemandangan yang menyihatkan mata, pakaian yang berkualiti,bahkan tidak perlu membuang air hanya keluar peluh yang berbau wangi. Di sana juga terdapat mahligai (istana) yang diperbuat daripada kaca, emas, perak. Semuanya tidak dapat difikirkan oleh akal, tidak pernah dilihat oleh mata, tidak terlintas di hati sanubari..

Daripada Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas dalam hati manusia (Riwayat Abu Hurairah ra).

Hamba Allah juga tidak dapat disesatkan oleh syaitan kerana Allah s.w.t. melindungi hamba-hambanya yang beriman dan menyahut seruan Rasul daripada godaan syaitan.

Muhammad [11]..sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman dan sesungguhnya orang-orang yang kafir: Tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: