Kelebihan Menaja Buka Puasa

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun. Daripada Salaman r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“. Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya pahala yang diperolehi oleh orang yang memberi makan serta bersyukur sama pahalanya dengan pahala yang diperolehi oleh orang yang berpuasa serta bersabar” (Riwayat Hakim melalui Abu Hurairah r.a)

Orang yang berpuasa dan bersabar semasa lapar dan tidak merintih kelaparan besar pahalanya. Manakala mereka yang memberi makan kepada orang yang lapar akan diberikan pahala sama seperti orang yang sabar semasa berpuasa. Memberi makan kepada orang yang lapar sangat istimewa balasannya daripada Allah SWT.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, Baginda telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.” (at-Tirmidzi)

Oleh itu sekiranya ada orang miskin yang lapar, ajaklah mereka makan dan belanjalah mereka. Sebaiknya bawa mereka ke tempat makan atau belikan apa yang mereka suka makan. Ini lebih baik daripada memberi wang kerana jika kita beri wang, mungkin mereka tidak menggunakan kesemuanya untuk makan dan kita tidak akan mendapat kelebihan memberi makan kepada orang yang lapar.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: