Nuzul Quran

Al-Quran adalah satu rahmat Allah yang sangat besar.  Daripada 12 bulan, hanya 1 bulan iaitu bulan Ramadhan yang dipilih untuk diturunkan Al-Quran dari Loh Mahfuz ke Langit dunia (Baitul Izzah) pada malam Lailatul Qadr . Sudah tentu besarnya rahmat Allah SWT di dalam bulan ini. Melihatnya pun sudah diberikan pahala, apalagi membacanya, memahaminya dan mengamalkannya. Segala perintah, larangan dan cara untuk menyembah Allah dijelaskan di dalam quran. Ia juga adalah satu-satunya kitab yang menceritakan segalanya tentang agama, sains, politik, ekonomi dan ia juga mengandungi petunjuk. Al-Quran diturunkan sebagai peringatan kepada mereka yang takutkan Allah. Nabi Muhammad s.a.w. pula ditugaskan untuk memberi amaran kepada orang Islam yang terdidik yang takutkan Allah s.w.t:

Ya-Sin [11] : Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa dia tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.

Pemberi Syafaat 

Quran adalah pemberi syafaat yang paling besar kerana ia adalah kalam Allah. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” Dalam hadith yang lain pula “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt , bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya“.tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran

Bertaubatlah Sebelum Quran Dihilangkan

Selagi Quran masih ada, diampunkan dosa kita, pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang Islam. Abdulllah bin Mas’ud berkata, “Sungguh, kelak Al-Quran akan dicabut dari dada kamu, dalam satu malam, dihilangkan dari hafalan semua orang, sehingga di bumi ini tidak tersisa lagi sedikitpun.” (HR. Thabrani)

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat…..

Pelbagai Kelebihan Membaca Quran

Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila seorang hamba khatam qurannya, 60,000 malaikat berdoa untuknya (Riwayat Dailami)

Membaca Al-quran sememangnya berpahala besar,seperti dijelaskan diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud R.A, Rasulullah SAW telah bersabda,“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

Membaca Al-Quran di dalam sembahyang lebih pahalanya berbanding di luar sembahyang. Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Membaca al-Quran dalam solah adalah lebih afdal daripada membaca al-Quran di luar solah. Membaca al-Quran di luar solah lebih afdal daripada tasbih dan takbir (memuji Allah swt). Tasbih adalah lebih afdal daripada sedekah, sedekah adalah lebih afdal daripada puasa dan puasa adalah penghalang daripada api neraka.” (Riwayat Baihaqi)

Disebut dalam hadith, mintalah dari Allah, akan datang satu zaman manusia membaca quran dan meminta dari manusia, misalnya meminta sedekah dengan membaca quran. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang membaca Al-Quran, mohonlah kepada Allah. Sesungguhnya akan datang nanti kumpulan-kumpulan manusia yang meminta dengan manusia dengan menggunakan Al-Quran (Riwayat Tirmizi)

Dan jikalau seseorang sentiasa membaca quran, Allah akan sempurnakan hajatnya sebelum dia meminta.

Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Allah swt berfirman, “Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu”. Ketinggian perkataan Allah swt ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian Allah swt ke atas segala makhluk ciptaanNya.” (Riwayat Tirmizi, Darimi dan Baihaqi)

Disebut dalam hadith, bacalah quran, ambillah mana-mana ayat sekalipun untuk apa (tujuan) sekalipun, ianya mujarab. Syaratnya hendaklah dicukupkan bayaran zakat ayat itu, misalnya zakat Surah Al-Ikhlas (Qulhu wallah) ialah 70,000. Jadi untuk beramal dengan surah itu perlulah dicukupkan bilangan zakatnya sebelum digunakan.

Bacalah sekurang-kurangnya 100 ayat setiap hari, boleh juga diulang surah yang sama, misalnya Surah Al-Ikhlas (Qulhu wallah) sebanyak 25 kali, bersamaan 100 ayat.

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: